Karya 2 - Suratan

“Aku tak tahan lah, anak-anak kau lasak, jahat tak sanggup aku” rungut emak Nisa sambil menari muka.

“Aku nak sembahyang pun tak senang, nak makan pun susah asyik nak mengacau aje, heeee kalau cam ni tak taulah aku” leteran demi leteran keluar dari mulut emak Nisa.

Nisa yang baru melangkah masuk dari pagar terdengar bebel emaknya memarahi anak-anak Nisa yang sedang menjangkau 6, 5 dan 3 tahun. Semuanya dalam peringkat lasak . Macam mana lagi Nisa nak buat memang tahap umur begitu budak-budak memang tengah lasak. Sambil kaki Nisa masuk kerumah sambil itu juga tangan Nisa mengutip segala permainan anak-anaknya bersepah disana-sini. Masuk pula ke dalam rumah tak cukup dengan sepah barang permainan, aduan, leteran dari emaknya bertubi-tubi ke telinga Nisa. Nisa jadi geram belumpun Nisa duduk macam-macam rungutan dari emaknya mengenai anak-anaknya.

“Mak, saya baru balik kerja Mak, letih saya tak hilang lagi, boleh tak Mak bagi saya rehat dulu, mandi, makan ke?”pinta Nisa dengan lemah pada Emaknya yang menampakkan muka yang masam dan tidak senang pada anak-anak Nisa.

“Huh orang lain pun kereje jugak tapi kau ni Nisa teruk, memanjang ler tak sihat, sakit itu lah sakit inilah, tak yah kereje lah kalau sakit berenti”suara mak Nisa meninggi.

Apalah salah anak-anak Nisa sampai dicemuh begitu. Mereka masih kecil lagi tidak tahu apa-apa. Peringkat umur begitu memanglah. Tapi Nisa hanya mendiamkan diri Nisa walaupun Nisa terasa jauh hati dengan Emak. Setiap kali Nisa balik kerja Emak sentiasa memasamkan muka, bila Nisa bercakap dengan Emak seperti endah tak endah sahaja. Itulah yang sentiasa berputar di otak Nisa apa yang Emak mahu lagi pada diri Nisa ini. Disebabkan Nisa ingin menyenangkan Emaknya dicarikan seorang pengasuh yang bekerja pagi dan balik petang untuk mengasuh anak-anak Nisa dan sekaligus menjaga Emak yang kurang sihat. Segala kerja tidak perlu dilakukan oleh emak. Apa lagi yang emak hendak. Nisa tidak mahu jadi anak derhaka. Cukuplah penderitaan yang Nisa tanggung sesudah ditinggalkan oleh suaminya Nazlan. Nazlan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menjemput Nisa di hospital selepas bersalin anak ketiga. Amat perit Nisa rasakan tanpa suami disisi. Nazlanlah pengisi kekosongan. Nisa amat menyayangi Nazlan tetapi ALLAH lebih menyayangi Nazlan. Biarlah Nazlan pergi dan Nisa redha. Nazlan pergi dan meninggalkan Nisa dengan zuriat-zuriatnya yang masih kecil dan tidak tahu erti apa-apa. Perginya Nazlan membuatkan Nisa seperti patung. Kaku dalam setiap apa jua yang dilakukan. Kosong segala-galanya. Ke hulu ke hilir depang belakang semuanya Nisa hadapi seorang tanpa sesiapa. Semenjak pemergian Nazlan, Nisa benar-benar tertekan. Emaknya seakan-akan sudah tidak betah lagi dengan Nisa dan anak-anak. Anak-anak Nisa kerap dimarahi, dimaki dan lain-lain lagi. Nisa tidak tahan akan tingkah laku emaknya.

“Camnilah kalau anak tak berbapak, jahat, perangai tak serupa orang, pegilah berambus dengan mak kau, asyik nak menangis, melalak” cemuh emak Nisa pada anak-anaknya.

Nisa yang kebetulan baru sampai di hadapan pintu pagar rumah terdengar kemarahan dan cemuhan emak Nisa pada anak-anaknya. Terdengar suara anak ketiga Nisa, abil menangis. Rasa nak gugur jantung Nisa bila mendengarkan cemuhan itu. Nisa sedar diri Nisa sekeluarga menumpang di rumah emak. Tapi Nisa hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Nisa rasa keadaan sekeliling Nisa berpusing dan Nisa jatuh dihadapan pagar rumah. Sedar-sedar Nisa berada dihospital dan ditepi katil Nisa ketiga-tiga anak Nisa memerhatikan Nisa bersama Pak Amir, Makcik Normah dan juga Bibik Nor, pengasuh anak-anak Nisa. Mereka yang menghantar Nisa ke hospital. Nisa pengsan. Tapi mana emak tidak kelihatan. Nisa amat lemah sekali tapi airmata Nisa berjujuran melihat anak-anak Nisa

“Nisa, pakcik dan makcik balik dulu yer, elok-elok ye, rehat” pak Amir dan makcik Normah minta izin untuk pulang. Anak-anak Nisa masih di bilik Nisa dan mereka pulang bersama pengasuh mereka Bibik Nor.

“Terima kasih ye pakcik, makcik kerana sudi menolong menghantar saya ke hospital, buat susah pakcik aje” Nisa bercakap perlahan. Masih lemah lakunya.

“Ok, Nurse dia dah sedar.” Doktor muda dihadapannya mengarahkan jururawat memeriksa keadaan Nisa.

“Doktor, bila boleh saya keluar” tanya Nisa pada doktor muda itu. Doktor muda hanya tersenyum memandang Nisa sambil membetulkan cermin matanya.

“Puan Nisa awak belum boleh keluar lagi buat masa ini, puan baru masuk wad, puan pengsan” terang doktor muda itu kepada Nisa.

“Mungkin awak ni terlalu penat dan awak juga kekurangan darah dan air dalam badan, awak berehat dahulu ok.”doktor muda menjelaskan pada Nisa.

“Oh ya, saya doktor Dzikri, Dzikri Abd Raziq” doktor muda mengenalkan dirinya

“Dzikri…Dzik.?” Nisa seakan-akan mengingatkan sesuatu dan tersenyum lebar sambil membesarkan matanya, terkejut gamaknya.

“Yup, Dzik…”doktor Dzikri ketawa melihat Nisa.

“Tak sangkanya” Nisa berkata lagi kepada Dokto Dzikri

Memang tak disangka, Dzik dapat bertemu dengan Nisa , hampir 10 tahun. Nisa tak berubah still cam dulu jugak” Doktor Dzikri begitu gembira kerana dapat berjumpa semula Nisa, satu-satunya buah hati Dzikri semasa di Kolej tapi persahabatan dihalang oleh emak Nisa kerana Dzikri adalah dari keluarga miskin. Malah keluarga Dzikri ada masuk meminang setelah kedua-dua mereka tamat pengajian di Kolej tapi ditentang dan ditolak mentah-mentah oleh emak Nisa.

“Dzik, ini anak-anak Nisa Iqa, Alia dan Nabil” Nisa memperkenalkan Dzikri pada anak-anak Nisa.

“Nisa, cutenya anak-anak you, but where’s your husband?” Dzikri bertanya setelah agak lama bayang suami Nisa tidak kelihatan.

“Dzik, nanti senang-senang Nisa akan ceritakan pada Dzik, OK.”kata Nisa pada Dzikri dengan nada lemah dan sayu.

“Nisa, I’ve got to go, banyak patient lagi nih”.Dzikri minta diri. Nisa mengangguk lemah.

Nisa melihat ketiga-tiga anaknya dengan tidak disedari airmata mengalir lesu dipipinya.

“Lia, mak nangis la, abil mak nangis kan” kata anak sulung Nisa pada adik-adiknya dan mereka menghampiri Nisa di katil.

“Nape mak nangis, sakit ker mak” tanya Lia anak kedua Nisa.

“Tak lah mata mak sakit, air mata mak keluarlah. Kakak nanti kalau mak tak balik kerumah jaga adik-adik, jangan nakal ye nanti nenek marah” Nisa membelai kepala anak-anaknya sambil airmata merembes laju kepipi.

“Bibik masa melawat dah hampir tamat, bolehlah Bibik bawa mereka pulang iyer, ambillah duit tambang teksi dalam beg Nisa tu” kata Nisa pada Bibik Nor.

“Yelah Nisa, Bibik balik dulu, Iqa, Alia Abil salam emak cepat, kita nak balik ni, esok kita datang lagi” pujuk Bibik Nor pada anak-anaknya.

“Jaga diri baik-baik ye Nisa, Bibik balik dulu”Bibik Nor mengucup dahi Nisa.

Nisa rasakan tenang dan bahagia sungguh bila Bibik Nor mengucup dahinya terasa seperti kehangatan seorang kasih emak terhadap anaknya. Nisa rasa berkeyakinan untuk berjuang hidup demi anak-anaknya kerana masih lagi ada yang menyayangi diri Nisa. Bibik Nor membawa ketiga-tiga anak-anak Nisa pulang.

“Kenapalah emak tak seperti Bibik Nor, apa salah saya mak” hati Nisa berkata. Emak sentiasa mencari pasal sahaja dengan Nisa, sejak abang Nazlan pergi emak seakan membenci Nisa anak beranak. Apalah salah kami pada emak?.

“Dah lamakah suami Nisa pergi” tanya Dzikri pada Nisa seteleah Nisa menceritakan semuanya.

“8hb nie genap 3 tahun…arwah Nazlan pergi selepas Nisa melahirkan anak bongsu Nisa, arwah dapat melihat Nabil seketika sahaja Dzik dan sempat membeikan nama yang bakal diberi pada anak lelakinya tapi arwah tak sempat melihat anak-anaknya membesar” Nisa menangis tersedu.

“Masa tu arwah dalam perjalanan nak menjemput Nisa setelah diberikan kebenaran untuk pulang kerumah, kereta yang dipandunya dilanggar oleh sebuah lori pengangkut dan arwah meninggal di hospital besar”sambung Nisa lagi sambil mengesar matanya dengan tisu.

“Sudahlah Nisa, yang pergi tetap pergi, itu semua ketentuan dari ALLAH, sabar Nisa” Dzikri memujuk Nisa.

“Dzik pulak selepas pinangan ditolak Dzik bawa diri ke luar negara. Dzik bekerja sambil belajar disana dan ambil kedoktoran. Lama Dzik disana hampir 8 tahun dan usaha Dzik untuk lupakan Nisa sukar sekali dan Dzik ambil keputusan pulang ke Malaysia dan Dzik dapat tawaran bekerja di hospital ni” cerita Dzikri pada Nisa.

“Sejak-sejak kebelakangan ni Dzik selalu mimpikan Nisa, Nisa menangis…itulah yang membuatkan Dzik ikhtiar mencari Nisa hanya untuk bertanya khabar dan akhirnya Dzik temui Nisa di sini…Dzik puas hati dapat jumpa Nisa..hilang segala keresahan Dzik pada Nisa” sambung Dzikri sambil tunduk memandang lantai.

“Nisa…setelah apa yang Nisa ceritakan pada Dzik…Dzikri ingin sekali menggantikan tempat arwah Nazlan itupun jika Nisa terima Dzik” kata Dzikri sambil merenung wajah Nisa yang kelihatan pucat dan lesu itu.

“Sudikah Nisa jika Dzikri Abd Raziq melamar untuk menjadikan Nisa sebagai permaisuri di dalam singgahsana Dzik” lamar Dzik terhadap Nisa sambil tersenyum memandang Nisa. Nisa hanya tersenyum dalam tangisan.

Hampir seminggu Nisa keluar dari hospital , semenjak keluar dari hospital emaknya seolah-olah telah berubah. Anak-anak Nisa tidak lagi menjadi mangsa kemarahan nenek mereka malah nenek mereka kini melayan begitu lembut dan sayang pada mereka. Emak seakan-akan telah berubah laku menjadi seorang yang begitu penyayang…caci maki, kemarahan tiada lagi dalam dirinya. Masam-masam muka jauh sekali…dan kini Nisa anak-beranak dilayan dengan mesra sekali oleh emak. YA ALLAH, aku bersyukur PADAMU kerana telah mengubah emak menjadi seorang emak yang tulen dan seperti yang diidam-idamkan oleh Nisa . SURATAN ALLAH, betapa agungnya kekuasaanmu YA ALLAH. Betapa sayangnya Nisa pada emak walaupun selama ini emak tidak betah dengan Nisa tapi Nisa tetap menyayangi emak sepenuh hati Nisa dan tidak sepalit pun perasaan benci dalam diri Nisa. Inilah membuat Nisa sentiasa mengalirkan airmata setiap hari. Perubahan emak telah menjadikan kami sekeluarga bertambah erat dan mesra. Itu semua SURATAN ALLAH, kita hanya mampu meminta dan berusaha ALLAH yang menentukan segalanya.

“Hai, sayang, apa yang termenung lagi, tuan puteri tak mandi lagi?” kata Dzikri pada isterinya sambil mencuit pipi mulus isterinya dikatil.

“Eh, abang , maafkan Nisa bang” kata Nisa samil mengesat airmatanya dan tersenyum.

“Nisa, abang benar-benar rasa bahagia dan abang rasa segala permintaan abang selama ni telah termakbul, seminit pun abang tak pernah lupakan Nisa dah akhirnya kita bersama. SURATAN, abang bersyukur kepadaNYA” Dzikri membelai-belai rambut Nisa dan mengesat airmata Nisa yang jatuh mengalir kepipi.

“Come on sweetheart, hari ni abang off , why don’t kita pergi ziarah mak dirumahnya” kata Dzikri sambil mengucup mesra dahi Nisa.

“Betul ke ni, abang tak kisah ke, nanti kalau mak marah camner” kata Nisa lagi.

“Aik, tak kan marah lagi , abangkan dah minta izin untuk kawin ngan Nisa dan emak bagi greenlight lagipun sekarang kita dah kawinkan so maknanya dia tak marah akhirnya mak terima juga abang”Dzikri memberi jaminan.

“Abang, abang tak nyesal ker kawin dengan Nisa, Nisa ada anak 3 dan pernah punya suami, nanti keluarga abang cakap apa pulak” tanya Nisa mendapat kepastian dari Dzikri.

“Kalau abang tak suka, tak kan abang sanggup menanti, mengharap Nisa sampai 10 tahun, walaupun Nisa dah berumahtangga, Abang terima Nisa dan anak-anak sepenuh hati abang. Tidak ada sekuman pun niat abang nak menghancurkan Nisa. Perkara lepas kita lupakan, kita doakan arwah semoga dimasukkan kedalam golongan orang yang soleh dan kita bina hidup baru, ye sayang” Dzikri meyakinkan Nisa sambil mengusap-usap lembut tangan Nisa.

Dzikri dan Nisa tersentak bila anak-anaknya mengetuk pintu biliknya dan menyerbu masuk sambil naik ke katil dan memeluk Dzikri dan Nisa. Gembira benar mereka.

“Emak, cepatlah kita gi umah nenek , abil rindu kat nenek ngan Bibik” ujar abil yang berada dipangkuan ayahnya…Dzikri. Dzikri mencium dan bergurau senda dengan anak-anak Nisa sementara Nisa menyediakan sarapan pagi.

“Okay, come... kita breakfast dulu pastu ayah bawa pegi rumah nenek, best tak? Pas tu...” Dzikri mengajak anak-anak Nisa bersarapan.

“Pas tu aper ayah” tanya Iqa anak sulung Nisa.

“Pas tu , three la, kekekekeke” Dzikri mengusik anak-anaknya sambil mereka ketawa riang menikmati sarapan pagi.

“Ieeeee bestnya ayah….kakak suka tau pegi umah nenek tu” kata Alia anak kedua Nisa. Nisa hanya memerhatikan gelagat mereka dan tidak Nisa duga jodoh ditangan ALLAH, Nisa telah dipertemukan dan disatukan semula dengan Dzikri walaupun satu masa dahulu perhubungan telah dihalang…ALLAH maha berkuasa. Nisa bahagia dengan keluarga nya dan sejak Dzikri hadir dalam keluarga Nisa emaknya telah menampakkan perubahan ketara pada dirinya. Nisa tersenyum seorang dan tiba-tiba tersentak bila anak sulungnya memanggilnya.

“Mak, sekarang Iqa dengan Alia dah tak rasa malu dengan kawan tau” Anak sulung Nisa memberitahu luahan hatinya pada semua.

“Kenapa Iqa dan Lia malu pulak” Dzikri menyampuk kata anak-anaknya. Nisa hanya tersenyum sambil memandang Dzikri.

“Iyerlah kakak dan Lia kan dah ada ayah sekarang jadi mereka tak da la nak ejek-ejek lagi” kata Iqa sambil tersenyum melihat Dzikri dan Nisa.

Nisa tersentuh hati bila mendengar keikhlasan kata-kata anaknya…dan Nisa yakin Dzikri dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak Nisa. Itulah satu-satunya permintaan Nisa pada Dzikri agar dapat menyelami perasaan anak-anak Nisa. Bagi Nisa diumpamakan mati hidup semula. Kini Dzikri menceriakan dan mengisi kekosongan Nisa sekeluarga. Aku bersyukur PADAMU YA ALLAH. SURATAN dariNYA membuatkan Nisa berpijak dibumi nyata. Nukilan : ZBA_duaribudua

No comments: