Nama (MY KAD) : Zamita Binti Amran.
Panggilan : Zam, adik, ita
Nama Samaran : Nurnisa, ZBA_duaribudua, zamran,zamack,
Nama ayah : Amran bin Hj. Maidin
Nama emak : Maliah binti Mohamed Noor.
Tarikh lahir : 18 November 1969 (Scorpio beb)
Tempat lahir : Kuching, Sarawak
Jantina : Perempuan
Adik-beradik : 3 (2 abang & saya...)
Hobi : Menganalisa Paranormal, Surfing Internet mengenai kisah-kisah seram atau "hantu", membaca novel, melukis, menyanyi + menari (kat umah jer ler), berjenaka, menulis cerpen,suka buat muka poyo..., suka memerhatikan gelagat orang(cari idea utk menulis), suka menyakat, suka bercakap sorang (selalu dalam kereta ler)
Majalah paling diminati : Majalah Gila-Gila
Waktu paling gembira : bila dapat menggembirakan orang/membuat orang ketawa
Status : berkahwin
Nama suami : Zakaria bin Ahmad
Anak : 4 orang (3 perempuan, 1 lelaki)
Di sini saya senaraikan nama abang-abang saya serta background mereka hehe (macam senarai barang lak ye) :-
Abdullah bin Amran (tetapi meninggal dunia sesudah dilahirkan). Yang ini abang sulung.
Emak saya cakap abang saya yang meninggal tu cantik orangnya putih, hidung mancung segalanyalah tapi ia ALLAH lebih sayangkannya. Emak cakap abang tu meninggal macam orang tidur sahaja, tidak pucat dan tersenyum. "ANAK SYURGA". Emak saya cakap (asyik mak saya cakap jer)lagi selepas abang saya meninggal, emak saya mengalami tekanan perasaan yang amat ketara...macam orang sasau katanya. Tiap hari menangis sambil mencium baju arwah. Every day cry, cry and cry.Itulah serba sedikit mengenai abang saya yang telah kembali kerahmatullah semasa lahir.
Ainuddin bin Amran. Ini abang no. 2. Tetapi secara automatik jadi anak sulung ler.
Selepas itu mak saya mengandung lagi so dapat ler abang yang no.2 ni. Sekarang nih abang saya bekerja sebagai Polis di Pandan Indah. Dan telah pun berkahwin dengan sedara belah ayah dan dikurniakan 5 orang anaks. Nama kakak ipar saya Pauziyah binti Baharuddin. Mereka sekarang menetap di Hulu Langat. Nama anak-anak buah saya yang glamer sakan:-
1. Mohd Ariff Akmal bin Ainuddin
2. Hasan bin Ainuddin
3. Husin bin Ainuddin
4. Mohd Mustafa Akmal bin Ainuddin
5. Isabella Akmal binti Ainuddin
6. Mohd Shafiq Akmal bin Ainuddin
7. Mohd Ridzuan Akmal bin Ainuddin
Untuk pengetahuan semua Husin dan Hasan adalah kembar tapi dilahirkan tidak cukup bulan. Kakak Ipar saya keguguran pada kandungan masuk 7 bulan. So jumlah anak adalah 7 orang tapi meninggal dunia 2 orang tinggallah 5 orang. Sekian terima kasihhh.
Ahmad Nizam bin Amran.Hah! yang dah sah ler no. 3 kan. Tetapi secara immediately jadi no. 2. Abang yang ni pun dah kawin gak dan menetap di Bangi. Abang saya sorang ni bekerja di Petronas dan pejabatnya sure lah di KLCC tingkat 86 lagi...isk bahaye tu. Oklah nama kakak ipar saya Ainon binti (lupa la plak). Kakak ipar saya ni tiada sebarang ikatan saudara tetapi saudara se islam. Anak-anak mereka ada 7 orang semuanya. Bab nama-nama mereka sebenarnya saya pun tak familiar sangat tapi boler ler itu pun nama ringkas.
1. Momen (girl)
2. Tatak
3. Ika
4. Aiman
5. Rapi
6. Asraff
7. Imad
Oklah berbalik kepada diri saya, emak ngan ayah cakap saya montel masa lahir. Gebusss...lagi. Untuk pengetahuan semua ayah saya Asokar Tanah Melayu tapi di transferkan ke Kuching. So bermulalah kehidupan ayah dan emak saya disana hinggalah saya lahir kedunia. Emak seorang surirumah yang tak ader tangga. Ye lah kuarters asokar maner ada tangga kan. Selepas saya dilahirkan ayah saya ditukarkan ke Semenanjung semula. Masa tu umur saya 8 bulan. Tak sempat ler saya nak belajar cakap orang Sarawak tok. So kitaorang balik Semenanjung naik belon tok.
Di Semenanjung kami sekeluarga sentiasa berpindah randah sebab mengikut ayah selalu berpindah tempat kerja (biaser ler asokar). Akhir sekali kami menetap di Batu Kentomen, Jalan Ipoh. Di situlah kami sekeluarga menetap hinggalah ayah pencen asokar. Masa ayah pencen Asokar saya darjah dua. Ayah pencen dengan berpangkatkan Kapten.
Lepas ayah pencen kitaorang pindah keluar dari kawasan Batu Kentomen. Pindah tak ler jauh kawasan Jalan Ipoh jugak. Masa tu kitaorang 2 beradik masih sekolah. Abang yang sulung Ainuddin dah abis sekolah dah. Abang saya sorang ni ler yang ikut jejak ayah (beruniform), dia jadi polis. So jadi rekrut ler kat PULAPOL di Jalan Gurney. Abang no.2 Form 3 kat Sekolah Menengah Kepong...dan saya plak darjah 1-4 di Sekolah Kebangsaan Inggeris (2) Batu 4 Jalan Ipoh. Best woi sekolah tu. Dekat ngan tepi sungai. Bukan aper bila hujan lebat banjir so tak belajar ler sebab sok sibuk angkat kerusi pindah kelas atas. Sekolah ada 3 tingkat.
Masa tu ayah dah dapat offer keje kat Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah. Emak masa tu still housewife.
Untuk pengetahuan semua saya nih lebih kurang Tomboy...maklum ler ada abang jer, kakak tak der so perangai pun terbawa-bawa macam jantan...pakaian pun begitu ler...baju kurung, baju gaun dan semua jenis feminin dress tak beraper ngam ler...jeans & t shirt, seluar pendek, bermuda, kemeja petak itu ler pakaian harian...sampaikan nak masuk darjah satu siap tanya pada ayah boleh tak pakai macam baju budak lelaki!!! tak ke haru jadinya. BIla ayah cakap tak boleh mulalah air mata tu berderai perlahan...puas ler mak, ayah, nenek pujuk at last pakai ler juga gaun biru sekolah tu...isk,isk,isk tension jugak yek. Tapi part paling saya gumbira bila masa pendidikan jasmani, masa tu kan ke kena pakai seluar pendek warna biru dan t shirt sukan sekolah...rasanya macam lepas sangat tension pakai gaun sekolah...hhehehehehe tapi alhamdulillah sekarang saya feminin lagik...iyer ke nantilah saya tanya kenkawan oips "Adakah saya feminin" ahaksssssss... Pada para pembaca jangan pandang serong plak tentang saya yek.....itu semua citer masa kecik-kecik...pheeewitttt...
Ni nak citer plak masa sekolah...best giler...tapi memang menyeksakan. Bukan apa masa sekolah saya ni bukan jenis budak berani. Setiap hari atuk saya yang hantar kesekolah. Jangan tinggal-tinggal kan saya , saya akan menangis bagai nak rak. Bayangkan kelas saya, Kelas 1 B bahagian bawah dan saya duduk tepi tingkap dan ditepi tingkap sebelah luar itu adalah atuk saya yang dipaksa tunggu hinggalah habis waktu sekolah...hehehheh. Kesian atuk saya tapi begitu sabarnya atuk melayan kerenah cucunya. Sayang atuk.muuuuuahhhhh.
Oh ya! nama cikgu saya Cikgu Hasnah. Tapi saya gelarkan cikgu saya Cikgu Hasnah nampak perut sebabnya dia kalau pakai baju mesti baju pendek dengan kain kembang. Bila menulis di papan hitam baju sure terangkat punyer...nampak ler perut dier...gitu ler citer saya mase sekolah. Cakap pasal belanja sekolah emak bagi 30 sen jer. Tapi sebabkan atuk join gi sekolah so saya punyer belanja berganda-ganda.Cucu atuk ler katakan ahak,ahaks...I love u atuk...miss u much. Lagi satu yang saya respect ngan atuk saya tu...dia tak pakai kasuk or selipar bila hantar saya kesekolah. Betapa kuat dan tebalnya tapak kaki atuk tu...kellas gitu. Sebenarnya atuk saya tu pesawah. Atuk duduk di area Tanjung Karang, Sawah Sempada. Itu pasal ler kulit dah biaser...tak masalah aper-aper bila berjalan tanpa memakai kasut...memang power ranger atuk saya...hehehe.
Marilah kita semua menyedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham atuk Mohamed Noor.
"Al Fatihah". Bismiillahirrohmanirrohim...
Semoga Roh atuk dicucuri rahmat.
Apa lagik nak citer pasal saya...yesss!!! citer pasal sekolah...boleh dikatakan semua cikgu dulu boleh mengajar semua mata pelajaran. Okey saya nak listkan nama-nama cikgu saya dari darjah 1 hingga darjah 4 di Sekolah Kebanggsaan Inggeris 2:-.
Darjah 1B : Cikgu Hasnah
Darjah 2B : Cikgu Shamsiah
Darjah 3M : Cikgu Krishnan
Darjah 4B : Cikgu Ayob
Dan juga pada guru besar yang sememangnyer besar Mrs. Bala. Memang power guru besar ni bila dia berjalan dengan sari dia. ..furramak...memang besar lah...pada Mrs. Bala saya memang respect habis dan takut abis...
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada cikgu semua kerana memberi saya didikan yang amat berharga pada diri saya dan juga tidak ketinggalan pada kenkawan saya.
Ok tu jer citer saya masa sekolah rendah...sebenarnya banyak nak citer tapi cukup ler yek...nanti boring ler plak...assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment