
10hb September 2005 - Hari nih Sabtu. Pagi gi Pasar Tani. Cadangnyer ari nih masak Laksa Asam shj. So beli semua barang dan balik umah. Masak awal cause Ika dan Alia sekolah cam biasa. Ikut jadual hari Jumaat. Gi sekolah kul 12.30 tgh dan balik kul 4.00 ptg. Bila semua dah settle beri anak-anak makan dan tidur kan Alisa. Saya pun apalagi tidoq ler jugak. Tapi dapat sekejap jer tidur cause anak saudara datang dengan pak cik nye. Borak-borak bagi mereka makan laksa. Bila Ika dan Alia balik sekolah dlm 4.30 ptg gi pasar malam. Beli sedikit makanan dan balik umah. Jamu plak anak saudara dan pak cik nyer makan. Nak dekatMaghrib baru ler mereka balik. Saya pun apa lagi settle semua , kasi clear dapur dan bagi anak-anak makan dan terus lepak kat tempat tidur. Alisa pun nak tidur dah...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...Pukul 5.00 pagi terjaga...alamak...
11hb September 2005 - Ahad. Hari nih tak gi mana-mana. Dok melepak di rumah. Hari ni badan macam kureng sikit, perut sakit, badan lenguh-lenguh...biaser ler pompuan. Awal pagi dah masak untuk anak-anak. Ari Nih masak Ayam masak kicap sahaja. Lepas semua siap masak, beri anak-anak makan. lepas tu tidurkan Alisa. Saya pun tidoq sama. Hari nih saya berbaring sahaja. Perut dan pinggang sakit. Kepala plak berdenyut je. 5.00 ptg Alisa bangun tidur terus beri makan nasi dan mandikan sekali. Lepas mandi bagi susu sebotol...habisss. Alisa main ngan kakaknya dan
saya pun mandi dan bersiap untuk bawa mereka jenjalan. Sebenarnya bukan jenjalan, tapi mencari rumah utk Ika dan Alia tiusyen di Taman Permata. Dapat cari...so rasa macam kurang yakin plak nak hantar...tapi mungkin boleh cuba...nantilah ...Sampai umah kul 7.45 malam. Tanya mereka semua hendak makan atau tidak? Lepas tu apalagi bergolek di tempat tidur ler sambil beri Alisa susu. Alisa tidur dalam pukul 9.00 mlm. Semua dah tidur kecuali saya. Saya tengok CSI. Minat sgt ngan citer nih...sampai terbawa-bawa...kul 12.00 baru ler tidoq...zzzzzzzzzzzzzzzz
12 hb September 2005 - Isnin. Hari nih ckeje macam biaser. Rasa macam malas nak pi disebabkan badan dan kepala masih sakit lagi. Cadang nak gi Klinik. Tapi malaslah plak. Dalam perjalanan ke ofis amat memboringkan. Sampai ofis kul 9.00 pagi. Semua dah ada di ofis. Pas tu buat keje macam biaser ler. Settle semua dan bila free masuk ler blog utk di update. Lunch tadi tak makan.
Rasa malas plak nak makan. Nak diet la! heheh. Just dudu mengadap PC. Hah! dah pukul 4.25 ptg. Cuaca kat luar nampak mendung. Dah hujan agaknya. Kak F cal dari PBSB tanya pasal camner nak masuk intranet utk syarikat. So saya bagi ler kata laluan. Kak F tak call pun maknanya OK ler tu. Lapar la plak. Tak per sampai umah boler ler makan. Oh ya! kawan saya ZS ari ni masuk spital HKL. Esok katanya nak operate. Cause baby nya besar. ZS ni bersalin anak ke-4. Minta-minta ZS selamat menjalani operation. Pagi tadi saya SMS pada ZS. Tapi rasanya ZS cool. Insyaallah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.
Kul 4.31 ptg dpt email pasal dinner on the 30th Sept 2005. Tema Warna-warni. Emmmmm kat umah ada tak baju warna-warni nih...isk nak kena beli la plak...ni payah sikit nih. Tak paya pk dulu. Dan artis jemputannya ok ler gak tapi not my peberet...tapi ok ler tu...balik nih nak selongkar lemari, ada tak baju kalerful...utk saya dan hubby. Rasanyer kalau pakai baju dan seluar kalerful camna ler keadaan kitaorang hehhhheheeh...+ kasut kalerful...munga-munga lagi. Nak inpom sikit ramai gak kenkawan yang ajak duduk semeja. Tapi tengok keadaan ler yek. Isk...sapa plak yang nak cover kat umah nanti yek...harap pembantu siang saya tu ..mau ke dia jadi pembantu malam plak? Sengan-senang saya import anak buah atau kakak ipar saya...hehehehehe...nanti saya blanja ler yek...chow.
Makan awal before 7.00 mlm semua settle makan. So lepas maghrib (saya off) saya mulakan aktivit ngulangkaji. Anak-anak settlekan keje sekolah. Saya mengajar memang serius dan tegas. So semalam Ika & Alia settle their homework. Saya jenis bila buat matematik saya nak tengok cara jalan mengira bukan jawapan. Cara jalan betul sure dapat jawapan betul. Itu cara saya. So mereka tension gak dgn saya cause saya marah-marah. Sebenarnya saya buar camtu supaya mereka cepat tangkap & ingat apa yang saya ajar. Start kul 8.00 mlm habis kul 10.10 mlm. NO TV. Lepas tu smua org tidur dan saya pun tidur gak. Alisa dah lama tidur may be letih sgt bermain.
No comments:
Post a Comment