apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
26hb September 2005
Assalamualaikum.
Sampai ofis kul 8.15 pagi. Sarapan pagi makan kuih cara berlauk dan kuih seri muka. Berseri-seri muka...ekekekke.
Hari ni pagi yg amat meletihkan saya. Bukan apa cuma pagi nih saya mimpi yg amat memenatkan saya. Saya mimpi kawasan rumah saya telah dikuasai oleh makhluk halus. Makhlus halus ni seorang wanita dan dijaga oleh seorang lelaki. Yang bestnyer saya shj yg boleh nampak hantu nih(Hantu pompuan lagi)...dalam mimipi tu saya sentiasa membaca ayat kursi utk mengelakkan makhlus halus dan penjaganya menguasai keluarga saya. Sentiasa tidak putus Ayat Kursi dibaca. Al-Fatihah dan 3 QUL dibaca sampai sesak sesak nafas, penat dibuatnya. Hinggalah pukul 6.00 pagi. Tetapi sebelum saya mimpi kira-kira dalam pukul 2.30 pg saya terdengar bunyi seperti bunyi cerek air, lepas tu senyap, lepas tu bunyi balik, masuk ketiga kali bunyi Ika bangunkan saya yang dia pun terdengar bunyi yang sama. Saya cakap mungkin musang pandan tengah bergaduh sambil tersenyum pada Ika. Lepas tu saya tengok Ika cool sikit dan tertidur. Saya plak tak leh tidur. Tengah layan perasaan saya pun tertidur dan bermulalah mimpi makhlus halus tu.
Alisa pun dah terjaga, saya bangun buatkan susu dan Alisa sambung tidur balik. Saya pulak tak sambung tidur tapi cuci kereta pepagi buta, sebenarnya dari semalam lagi nak cuci tapi tak cuci cuci. Cuci tayar dan semualah, siap pakai berus gigi lagi cuci celah-celah tayar. Heeee...elok jugak yek mimpi menakutkan sekali sekala hah bsuk kereta lagi pepagi buta. Orang dok sibuk gi kerja saya sibuk basuh kereta...hehehehe.
Emak saya sound 'apa kena basuh kete pepagi nih, bekal Nabil dah sedia ke?'. Saya cakap semua settle dah. Don't worry be happy...heheeh...
Ari nih PC saya kong...so specialist bawak hard disk masuk bengkel...ehehehh. banyak gak program saya yang mereka buang...tak pe lah...tgh makan buah jer...
5.30 ptg balik cause ari nak hujan. Gelap u....sampai umah kul 6.00 ptg. Sampai umah terus mandi dan makan. Tunggu anak-anak balik dr sekolah. Settlekan anak-anak suruh mandi dan makan. Pas tu baru gi klinik. Saya buat check-up cause gatal-gatal di badan. Doktor kata kulit saya alergi pada cuaca, habuk dan juga makanan. Saya juga tak boleh berpeluh. So doktor bagi ubat dan cream. Balik umah dan settlekan Alisa bagi susu dan bersihkan badannya yang berpeluh dan terus tidurkan. Anak-anak lain mulakan aktiviti mengulankaji dan settlekan kerja sekolah.
Sambil-sambil tu tengok peberet program 'FEAR FACTOR' dan 'BERSAMAMU'. Saya amat teruja dgn adengan fear factor yang makan benda-benda yang menggelikan tapi saya rasa puas menonton rancangan ini. Lepas beralih ke Bersamamu, sebenarnya saya malas nak tengok cause air mata nih mudah sgt keluar namun saya tahankan, jgn menangis di depan anak-anak. Tapi dalam hati saya sebak sesebaknya.
Saya juga melatih serta menggalakkan anak-anak saya supaya menonton program realiti 'BERSAMAMU'adalah untuk mempamirkan pada mereka bahawa ada insan-insan yang lebih malang yang memerlukan bantuan dan dgn itu saya dengan secara senyap menyerapkan pada mereka satu perasaan/feel supaya jgn sekali-kali memperlekehkan insan-insan yg malang/istimewa sebaliknya memberi bantuan setakat yang termampu. Pernah sekali saya menangis teresak-esak depan suami dan anak-anak saya apabila menonton program 'bersamamu', keadaan anak-anak saya masa itu seakan terpegun/kaget/panik bila melihat saya sampai bengkak muka menangis dan mereka hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Suami saya pun malas nak layan sebab dia tahu saya akan menangis bila menonton citer-citer sedih apatah lagi citer realiti yang terpampang di depan mata.
Simpati sungguh saya bila dapat tahu salah seorang insan yang malang iaitu Adik Wong Siew Ling berbangsa Cina yang cacat dari kecil telah meninggal dunia akibat sawan(kalau tak silap saya lah, kalau silap minta maaf je ler). Takziah ke atas keluarga adik Wong Siew Ling.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment