28hb September 2005

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah dipanjangkan umur. Ari nih saya dibangunkan oleh Alisa dlm pukul 6.00pg. Saya terjaga dan terus membuat susu dan beri Lisa minum. Dlm 6.30 pg, saya mandikan Lisa dan siapkan semua. Bangunkan Nabil. Ari nih tak buat sarapan sebab roti dah ada...hehehe. Nabil siap dan minta nasi nak makan. Saya sediakan nasi dan lauk telur rebus masak lemak cili api (semalam punya saya panaskan). Selepas makan Nabil duduk depan rumah menunggu van sekolah. Saya bersiap dan kluar rumah pukul 7.35pg. Ika dan Alia maih ditempat tidur. Hubby pun masih di tempat tidur bersama lap topnya. Saya bangunkan Alia kerana rutin paginya menjaga Alisa sementara menanti pembantu saya sampai. Perjalanan ke ofis ok. Kurang kesesakan. Berjalan dengan lancar. ampai ofis tepat pukul 8.20pg. Di ofis AM bawa pulut ngan sambal telur. Tapi dah beli sarapan mee hoon + kuew teow dan air milo panas. yummy,yummy,yummy. Lunch plak makan buahan shj, honey dew dan betik. Itu jer nak jaga badan...nak jadi model...hehehhe. Bahang bulan puasa semakin terasa. Entah mengapa setiap kali Ramadhan hampir perasaan saya begitu megah, gembira, bangga dll menyambutnya. Bukan tahun ini sahaja malah setiap tahun. tak tahulah pd kenkawan lain tapi bagi saya itulah perasaan saya. Punya ghairah nak menyambut bulan yang mulia ini. Pada anak-anak memang setiap hari citer pasal posa. Bukan apa nak menggalakkan mereka berposa. Lebih-lebih lagi hero saya sorang nih Nabil. Ika dan Alia no problem Insyaallah. Siap inform pada mereka sapa posa penuh mak bagi RM 30 + duit raya. Mereka tersengih jer... Balik kul 5.35ptg. Berjalan lancar, tiada jam. Sampai umah kul 6.00ptg. Bermain dgn anak-anak sambil menunggu Ika dan Alia balik sekolah. 6.45 ptg mereka sampai rumah dan terus mandi dan makan. Mlm mengulangkaji pelajaran. 8.30mlm buatkan susu Alisa dan baring. Sedar-sedar rupa-rupanya Alisa tidur dengan kakaknya. Dlm pukul 10.00 mlm saya angkat Alisa ketempat tidurnya. Diluar hari hujan. Saya pun sambung tidur zzzzzzzzz.

No comments: