apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
Guru Sandaran
Selepas mendapat result SPM saya masih tak dapat cari keje lagi. Tunggu tawaran U pun tak der. So akhirnya say masuk kelas menaip. Ok lah tu. Masa tu kelas komputer ni kurang. So bila lulus kelas menaip saya masih tak der keje.
Tup,tup Pak Usu saya kata jadi Guru Sandaran (GS) je. Tapi based di Pasir Panjang, Sekinchan. So saya dan emak pun berhijrah ler ke umah Pak Usu saya di Tanjung Karang. Pak Usu saya nih Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (SKPP). So bermula kehidupan saya di Tanjung Karang dan bekerja sebangai GS.
Setiap pagi saya tumpang kete Pak Usu saya. Lepas hantar Mak Usu bekerja di Hospital Tanjung Karang barulah kesekolah. Saya berekolah pd sesi pagi. Lagi pun SKPP ada satu sesi je. Saya menjadi guru Kelas Tahun 3B. Ada 2 kelas shj utk tahun 3 (3A & 3B). Saya mengajar matapelajaran BM, Math, Pendidikan Seni nagi tahun 3. Bagi Tahun 1 saya mengajar Pendidikan Seni) dan bagi Tahun 6 saya mengajar Ko-Kurikulum. Saya juga menjadi Guru Pengakap.
Mula mengajar, masuk je kelas 3B, saya jadi blank. Bebudak semua tengok saya macam tengok makhluk asing. Saya senyum tapi masih berpeluh tak tau nak buat ape. First tima la katakan!. Nak ngajar camner nih. Buku Lapurang guru ada ditangan tapi nak mula cam mana nih.So tiba-tiba idea pun datang, "Okay kelas, saya cikgu baru kamu, nama saya ZA. Panggil saya Cikgu Z. Saya mengajar kamu didalam matapelajaran BM, Math dan PS" itulah ayat-ayat yang saya keluarkan bagi memulakan acara mengajar saya.Sebagai permulaan, saya nak kamu perkenalkan diri kamu pada saya, sila beritahu nama penuh kamu okay. Mula dari sebelah kanan cikgu ya" kata saya lagi utk menarik perhatian murid-murid.Saya mendengar tiap butiran murid-murid saya. Seronok jugak lelama tu. Hilang rasa takut. Hari permulaan saya hanya adakan sesi berkenalan. Saya rasa bebudak tu pun mula ok ngan saya.
Esok saya akan mula mengajar mereka. Sepanjang saya mengajar mereka dapat saya rasakan kemesraan antara saya dan mereka. Mereka semua saya ibaratkan macam adik-adik saya. Sambil belajar saya juga mengetahu serba sedikit latar belakang mereka. Mereka semua dalah anak-anak dari keluarga yang sederhana tidak dari kalangan yang "ber- ada". Timbul satu keinsafan saya, segelintir dari mereka apabila habis sekolah membantu ibubapa mencari rezeki. Mencari kerang, membantu memukat dll. Azam diri saya mahu mengubah corak hidup mereka dengan memberi sedikit pembelajaran yang sempurna.
Dalam banyak-banyak murid, ada seorang yg betul-betul membuat air mata ini jatuh. Tapi tidak semudah itu air mata ini utk dipamirkan pd mereka. JAIS ...murid yang paling malang, paling corot dlm kelas, paling kotor, dll lagi palingnya. Setiap kali rehat JAIS tidak keluar rehat hanya duduk di kelas sambil minum air kopi bekalan. Satu hari saya bertanya kenapa tak pergi makan. JAIS menjawab tak ader duit cikgu. Saya hanya diam. Saya meneruskan memeriksa buku. Dlm hati saya kesiannya. Saya bangun menghampiri JAIS. JAIS hanya memerhatikan saya sambil tersenyum. Jais tinggal dengan sapa? JAIS cakap dia tinggal dengan Pak Cik dan Mak Ciknya, Ayah dan emak tak tahu pergi mana. Saya terkedu. Dalam saya diam Jais bertanya "Cikgu kat Kuala Lumpur, cikgu tahu tak ada satu rumah besar dua tingkat, kat situlah emak saya tinggal". Saya hanya senyum dan berkata " KL tu besar JAIS, ada alamat emak JAIS tak? Nanti bila cikgu balik KL cikgu tolong cari" sambil memegang bahu JAIS yang tunduk memandang lantai. Saya tahu JAIS sedih. Saya berlalu dan duduk semula menyambung menyemak buku.
Esok pagi nya saya dengan perasaan yang happy semacam bergegas ke kelas untuk mula mengajar. Sebenarnya saya nak surprise JAIS dan kawan-kawan yang senasib dengan JAIS. 15 min hampir waktu rehat saya memanggil nama murid yang saya pilih untuk bagi Bantuan Makanan termasuklah JAIS. Kesemuanya 5 orang. JAIS dan kenkawan senyum shj. Alangkah lapangnya dada saya. Setelah menyuruh mereka beratur saya pun membawa mereka ke kantin sekolah dan mereka mengambil makanan dan duduk dimeja yg telah disediakan. Saya pergi kepada JAIS dan menyuruh JAIS membaca doa sebelum makan. Semuanya menadah tangan berdoa. Itulah yang dapat saya bantu utk JAIS dan kenkawan. Mereka-mereka ini benar-benar menyentuh perasaan saya. Settle satu keje saya.
Satu hari guru disiplin datang ke kelas saya dan memanggil JAIS. Guru Disiplin kata JAIS mencuri duit. Berderau jantung saya. Saya tanya pada JAIS betul ke? JAIS kata dia tak ambil. So saya cakap pada guru displin tak der apa pun. So settle. Tapi guru disiplin nampak seperti tidak puas hati. Keesokkan harinya sewaktu latihan penyampairan hadiah dilansungkan saya naik ke bilik guru. Semasa dibilik guru saya terdengar guru disiplin bising-bising dan terdenganr satu suara tangisan. Saya bangun dan nampak guru disiplin tengah menarik tangan JAIS dan masuk kebilik guru. Saya terkedu melihat melihatkan keaddan tu dan terus bergegas ke tandas guru dan menangis dalam tandas. Sedih sgt saya melihatkan JAIS diperlakukan begitu. Tapi kenapa saya jadi terlampau sedih?
Lama ditandas saya keluar, saya lihat bilik guru dah clear. tapi guru disiplin masih ada. Masih membebel yang mengatakan JAIS memang budak nakal dan tak berdisiplin. Saya diamkan shj. Malam tu saya tak boleh lelap mata kerana teringatkan JAIS.Tak lama lagi cuti akhir tahun so saya nak JAIS lulus dalam semua matapelajaran yang saya ajar. Saya nak bagi segala keperluan sekolah pada JAIS sgbg hadiah dari saya. Sebenarnya niat hati saya memang nak bagi JAIS segala keperluan sekolah tapi nanti apa kat murid lain. Jadi saya kene kerja keras sikit utk JAIS bagi dia lulus didalam peperiksaan. Saya memang nak JAIS berjaya.
Hari peperiksaan tiba dan mereka semua melakukan dengan baik. JAIS juga saya lihat tenang. dan bila sahaja tamat ujian saya dgn segera mencari kertas ujian JAIS untuk diperiksa dan alhamdulillah JAIS lulus walaupun bukan cemerlang tapi keazaman JAIS membuatkan saya sgt happy giler hari tu. Mood saya memang baik dan enjoy. Hujung minggu saya balik KL dan apalagi segala keperluan yang saya janji dlm diri saya utk JAIS saya tunaikan. Alangkah seronoknya JAIS bila dpt barang ni dari saya. Tapi bukan JAIS seorang sahaja yang saya belikan murid lain yang cemerlang juga saya beri hadiah.
Tiba hari terakhir sekolah macam-macam hadiah saya terima...tidak berharga tapi saya simpan semua hadiah mereka tandanya mereka menerima saya sebangai guru mereka. Ada yang bagi gambar, ada yang suruh kawin dengan abg mereka dan ada juga yang suruh saya menyambung mengajar pada tahun depan. Tapi saya tengok JAIS cuma mendiamkan diri...saya tanya pd JAIS kenapa diam sahaja so dia beritahu nanti kalau cikgu tak der JAIS tak kan dpt makanan percuma lagi, tak der sapa nak layan JAIS macamana cikgu layan JAIS. Cikgu baik dan tak pernah marah JAIS walaupun JAIS lemah dalam pelajaran dan nanti guru disiplin sentiasa akan marah JAIS lagi. Aduhhhhh!!! sedih hati saya tak terkata seperti saya nak peluk JAIS. Betapa risaunya hati JAIS. Saya cakap pada JAIS kena rajin belajar, jadi orang pandai nanti boleh jumpa emak JAIS dan tolong emak JAIS. JAdi orang yang berguna. Jangan biarkan orang merendahkan diri JAIS. JAIS kena kuat hadapi cabaran tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment