Pelangi

Citer pasal pelangi nih, dah lama saya tak melihat pelangi. Kemunculan pelangi setiap kali selepas hujan petang dah jarang di lihat. Kenapa yek?
Cuma sekali sahaja itu 3 bulan lepas semasa saya balik ke kampung Hulu Langat kebetulan selepas hujan renyai tiba-tiba muncul pelangi itupun very light jer. Saya pun cakap pada anak-anak "tengok tu pelangi, cantik kan warna dia. Sapa tahu pelangi ada beraper warna"tanya saya pada anak-anak yang mula kecoh. Sorang jawap 5, sorang 10, sorang jawap 8. Hubby plak jawap "entah , lupa" selamber je. Isk,isk tak kreatif betul le mereka-mereka ini. Saya cakap pada anak-anak jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti boleh kudung. Anak saya pun beria-ria menunjuk pelangi dengan ibu jari. Hormat. Saya senyum sahaja sambil mengelamun seketika semasa saya berumur lebih kurang anak-anak (dlm sekolah rendah) nenek saya akan cakap jangan tunjuk pelangi dgn jari telujuk nanti kudung. Senyum sorang saya teringat cerita lama saya. Nenek cakap lagi dimana akhirnya pelangi itu, disitulah adanya harta karun yang sangat banyak. betul ke? Tiba-tiba hubby mencelah "hujung pelangi tu ada harta karun kan" Saya pun cakap "karutlah" sambil memandang pelangi yang makin lama makin kelam. Berbalik pada soalan saya pada anak-anak tentang pelangi ada beraper warna. Saya pun terangkan pada mereka pelangi ada 7 warna. Mereka hanya diam sambil memerhatikan pelangi itu. Saya pun bercerita semasa sekolah ada belajar mengenai pelangi. Cikgu sains suruh hafal warna-warna pelangi. So saya dalam bab menghafal nih lemahlah sikit. So nak sengan ceriter saya cuma hafal awal huruf bagi warna sahaja. Caranya ialah MOKHBIU 1. M - merah 2. O - oren 3. K - kuning 4. H - hijau 5. B - biru 6. I - indigo 7. U - ungu Inilah formula saya. So anak-anak saya pun mulalah sibuk menghafal.ahaksss...ituah citer basic pasal pelangi. Tapi saya memang suka Pelangi...bye...

No comments: