apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
14, 15 & 16 hb September 2005
14hb September 2005 (Jumaat)
Sampai ofis dlm pukul 8.15pg. Settlekan keje semua. Sibuk ler sikit sampai tak sempat nak masuk blog.
Balik kul 4.30ptg tapi lambat sikit cause tunggu FZA potong kek. DLm 4.45ptg baru ler kluar ofis. Alhamdulillah perjalanan balik clear tiada sesak.
15hb September 2005 (Sabtu)
Pagi gi pasar tani. Beli ikan parang, ketam dll lagi. Balik dlm kul 9.00 pg. Apalagi settlekan rumah semua dan anak-anak. Tidurkan Alisa baru senang sikit buat keje. Ika dan Alia sekolah hari ini. Masak sup ketam dan masak asam pedas ikan parang. Pukul 1.00ptg siap semuanya. Relax kejap layan Alisa dan Nabil. Tengok kartun. Pukul 5.00ptg gi beli kuih di bazar ramadhan. Beli kuih buah melaka dan karipap. Balik dlm 5.45ptg. Relax sekejap sampai kul 6.00ptg. Masak Nasi. 6.30ptg mula sediakan hidangan dan segalanyalah. Ika dan Alia balik awal dlm kul 5.00ptg. Mandi dan relax. dan tibalah masa berbuka posa....
16hb September 2005 (Ahad)
Pagi ni gi pasar keramat cause nak beli ayam fresh. Memang fresh. Beli udang sikit. Balik lepak kejap dan tidurkan Alisa. Tengahari masak. Hari ni masak lemak pisang manis. Sedap gak. Beli ayam goreng utk anak-anak dang juga kuih. Settle. Hari ni masak simple jer. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment