apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
22hb,23hb,24hb,25hb & 26hb Oktober 2005
Assalamualaikum
22hb Oktober 2005 (Sabtu)
Hari ni Sabtu saya pegi Pasar Tani. Beli ikan sedikit dan sayuran kampung. Hari ini nak masak apa yek? tak tau ler nak masak aper. Settle kan semua bawak anak-anak gi JUSCO Wangsamaju beli kasut. SEbelum tu gi GIANT Permata gi beli baju kurung utk 3 anak dara saya tu. Ok ler harga dan semuanya warna PURPLE. Utk bujang saya tu dah beli awal PURPLE gak. Gi JUSCO mak ai ramainyer manusia. Penuh. Isk,isk saya apalagi beli cepat-cepat kasut mereka dan chow balik ler apalagi. Sampai umah dlm pukul 1.30 ptg. Sampai jer mandikan ALisa dan tidurkan dia. Yang lain-lain pun tidur gak gakanyer kepenatan. Saya pun apalagi bila Lisa tidur sayapun dapat ler lelapkan mata sekejap. Kul 4.30ptg bangun dan mandi. Segar sikit. Masak sup ketam dan goreng ikan kembung rebus, lepas tu rebus terung telunjuk dan kobis. Sambal belacan bacang dah ada dlm peti ais. Settle. Dalam kul 5.15 ptg keluar gi pasar ramadhan beli ayam goreng utk anak-anak dan beli kuih sikit. Itu jer....
23hb Oktober 2005 (Ahad)
Hari ini pagi lepas sahur tak tidur kemaskan rumah, basuh kain dll. Lalok jugak sebenarnya. Dalam pukul 9.00 kluar gi GIANT cause nak kluarkan duit dari RHB bank tapi bank belum buka. Buka 9.30pg. So balik dulu dan terus gi Dewan Serbaguna AU2 cause ada hari Penyampaian Sijil Akhir Tahun sekolah Nabil. So penyampaian mula kul 11.00 settle jer ambil sijil lari balik ke GIANT utk keluarkan duit nasb baik sempat cause bank tutup kul 12.00tgh. Kelam kasbut jugak ler hari tu. Balik umah dlm kul 1.00 ptg. Relax kejap tidurkan Lisa. Saya pun lelap sekejap. Kul 3.00ptg bangun dan siap utk masak .
24hb Oktober 2005 (Isnin)
Keje macam biaser. Sampai ofis kul 7.45 pg. Cepat la plak. Settle keje dan siapkan incoming/otugoing.
Hari ini hias ofis lagi. Tapi sikit jer.
Biaser ler Monday mood ...lambat sikit nak menjalankan tugas...lembap...
25hb Oktober 2005 (Selasa)
Macam biaser sampai ofis kul 8.25pg. Duduk relax kejap sambil buka lagu raya.
Tgh gi bazaar beli acar buah dan kerepek ubi pedas. itu saje.
Ptg balik kul 4.30 ptg dan sampai kul 4.58 ptg. Cepat giler tu. FZA tumpang. Best gak ader kawan.
26hb Oktober (Rabu)
Hari ini saya cuti cause nak beli daging utk raya. Bukan aper beli awal nanti tak ler kelam kabut. Saya beli awal nih sebenarnya malas nak suruh menyuruh bila ramai dah balik umah. Bukan apa bila disuruh nanti ada shj alasan last-last saya jugak yg kena pegi beli. Simapn dlm peti ais. Beli daging 8 kg, beli penyapu lidi dan beli kuih samperit. Nampak macam sedap jer.Saya keluar umah gi paar tani kul 6.50pg. Awal jugak tapi saya sampai org dah ramai.
Balik kul 7.30pg. Settle semua saya relax kejap dan suruh anak-anak mandi. Main ngan Alisa sekejap dan tepat pukul 8.45 pg bawa emak gi BSN ambil pencen. Samapai BSN ambil no, isi borang dan tunggu. Nasib baik org belum ramai lagi. Pukul 10.00 pg settle semua dan hantar emak balik umah. Alisa tidur. Saya keluar semula utk bayar bill air dan api. Bil Phone belum sampai. Sampai pejabat pos dlm pukul 10.30pg. Orang ramai beratur so saya pun join ler beratur. Settle bayar bill kul 11.00pg. Balik pulak umah dan ambil anak-anak kecuali Lisa gi GIANT Permata utk beli seluar panjang mereka. Beli 2 psg seorang. Baju Alisa pun sekali. Settle semua dalam pkul 3.00ptg sampai umah. Sampai umah saya kemaskan barang dan layan Alisa pulak. Mak Ai letih nyer. Hari ni masak Gulai daging ngan kentang. GUlai cili api udang dgn kacang botol serta sambal sardin. Settle dah semua baju raya mereka. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment