6hb Oktober 2005

Assalamualaikum. Alhamdulillah dipanjang umur kita hari ini. Hari ini dah 2 hari kita berposa. Sampai ofis dlm kul 8.25pg. Jalan ok. Pagi ini dikejutkan dengan berita yg menyedihkan kerana salah seorang bekas pekerja Syarikat telah meninggal dunia kerana kemalangan. Marilah kita bersama-sama bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Sazila Tumimin. Bismillahhirrohmanirrohim. Al-Fatihah... Semoga Roh beliau dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin. Juga berita tentang salah seorang artis kita Allahyarham Ismail Din telah meninggal dunia de Mekah. Marilah kita bersama-sama bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Ismail Din. Bismillahhirrohmanirrohim. Al-Fatihah... Semoga Roh beliau dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin. 4.30 ptg balik dan sampai umah kul 5.30 kerna saya singgah di pasar ramadhan membeli sedikit juadah utk berbuka posa. Saya cuma beli buah melaka, cara manis dan cara berlauk. Kemudian beli murtabak 4 keping (2 utk saya dan 2 utk pembantu saya. Utk lauk saya cuma beli masak lemak pucuk manis dgn keledek. Murtabak 2 ketul tu sampai sahur tidak terusik. Kuih semua habis. Jiran sebelah bagi karipap satu tipuware. Pun tak habis cuma makan sebiji shj. So esok saya nak beli kuih seri muka, Insyallah, nak pulangkan tipuware jiran...hehehehehhhhe. Bukan apa tak sempat nak buat sibuksss...ahaksss... Selepas berbuka saya sembahyang dan kemaskan meja semua dan apalagi pukul 8.00 mlm saya dah di tempat tidur utk tidurkan Alisa. Sembahyang Tarawih saya tidak dapat pergi kerana anak-anak saya tiada org menjaga sebelah malam. Rasa rugi gak. Sahur saya makan nasi. Ok lah gak boleh masuk sikit. Wassalam.

No comments: