Apa hal ni?

Assalamualaikum. Hari ni saya gi keje dalam keadaan terharu. Dalam-dalam terharu tu betapa beruntung saya kerana masih ada orang lagi yang mengambil berat tentang diri saya. Alhamdulillah dan terima kasih. Selama ni saya rasa macam dah tak der lagi keluarga yang mengambi berat tentang diri saya. Ya lah lagi pun saya kan dah berkahwin. Dari suami lain ler kan...itu dah semestinyer ambil berat. Tapi yg ini memang membuatkan saya amat terharu sehingga nak keluar air mata ni...tapi kecekalan serta kekuatan mental saya berusaha agar tidak menumpahkan airmata didepan emak,abg serta kakak, anak2 dan juga anak buah. Malu jugak rasanya kalau nangis depan mereka nih...kerana mereka semua mengganggap saya seorang yang begitu cekal, tabah dan kuat dalam mengharungi segala masalah yang datang. Hilanglah kemachoan saya kalau nangis hehehhe... Dalam kereta pagi tadi saya tewas juga kerana air mata ini tumpah akhirnya. Saya menangis dalam kereta semasa perjalanan ke ofis. Adusssss syahdunya pagi ini. Tak tau kenapa sejak-sejak akhir ini saya mudah tersentuh hati tapi saya hanya pendamkan sahaja dan juga berdiam diri. Saya sekarang teramat mudah mengaku kalah. Kadang kala terasa sakit sangat dada ni menahan perasaan. Tapi saya terpaksa lawan utk tidak mengalah dan juga saya tidak akan mensia-siakan air mata saya. Betapa bahagianya diri kita bila ada yang mengmbil berat, menyokong kita dan menyebelahi kita. Terasa betapa dihargai diri ini. Memang situasi yg paling sukar diucapkan betapa seronoknya...barulah ada sedikit keyakinan utk mengharungi kehidupan seharian saya dengan tenang dan ceria. Ofis adalah tempat saya menenangkan perasaan dan menceriakan hati saya. Namun tidak pernah sekali saya mencampur adukkan masalah dgn kerja...alhamdulillah...Kawan-kawan ofis membuatkan saya lupa akan masalah saya...dan pada mereka jugalah saya dapat menggembirakan hati saya dan juga saya cuba menggembirakan hati mereka... Hari ini terasa lemah sangat badan saya...moody tapi saya control depan kenkawan...masalah saya ni dah menyaluti seluruh badan saya...saya lemah sgt hari ini...YA ALLAH berikan saya kekuatan utk melawannya...tolonglah YA ALLAH...secubit kekuatan dan keyakinan sudah mencukup utk saya menempuhi segalanya... gua chow dulu...tension giler...

No comments: