Cara luahan perasaan

Assalamualaikum. 1.Setiap manusia didunia ni tidak lari dari masalah. Sini saya nak citer sikit cara saya meluahkan perasaan saya. Saya nih sebenarnya banyak masalah tapi kalau saya pikir tentang masalah saya for sure saya akan jadi mamai...so sapa nak take care anak-anak saya, betul tak? so cara saya saya leave it my problem, malas nak pikir and saya enjoy diri saya dgn anak-anak dan trying to forget about it. Kenkadang tu ok tapi kenkadang tu dalam ketawa bersama anak-anak saya menangis. 2.Lagi satu kalau kita ada masalah di rumah jgn cuba bawa ke ofis. Ramai kenkawan dan juga Head of Dept. mentioned yg saya ni happy go lucky dan tiada problem. Saya sentiasa ceria dan bersemangat. Muka saya tidak pernah mencerminkan problem yg saya alami. Salah satu caranya saya bersikap begitu ialah dengan ketawa dan melatih diri saya menggembirakan orang lain dan membuat orang ketawa. Saya nih diibaratkan as a joker ler. Dgn cara tu bila kita buat orang gembira dan ketawa, kita dapat rasa diri kita tidak tegang/tension. Rasa senang hati bila melihat orang gembira. Itu salah satu cara saya. Orang nampak kita happy tapi mereka sebenarnya tak tau hati kita kan...jadi utk hilangkan rasa tension tu buat ler cara-cara diatas... 3.Ini satu lagi cara saya, bila saya dlm keadaan tegang, biasernye jika dalam kereta saya akan bercakap sorang. Masa nilah saya nak kutuk ker, nak maki, nak apa ke, semuanya saya akan cakap. Radio saya akan kuatkan. Masa nilah nak nyanyi ker nak goyangkan badan ker suka hati...lagi satu kalau nak jerit pun bole...saya selalu buat benda nih..jerit sekuat hati tapi dengan syarat pandu kereta mesti cool...jgn anda release tension anda dgn memandu laju teramatlah bahaya. Memandu dgn cool dan sopan. Tapi biasernyer saya akan releasekan perasaan saya dengan menyanyi sekuat hati saya dlm kereta heheheh...mesti ada org yg mentioned saya ni tak normal...Tak kisah ler janji saya dgn cara saya....cuber ler 4.Selalunya kalau saya tension dirumah dan tak dapat dibendung lagi saya akan masuk bilik mandi walaupun saya dah mandi saya akan buka pancuran hujan sehabisnya dan bediri bawah pancuran dengan memakai baju. Masa tu nak nangis, nangislah sepuas hati sambil bercakap perlahan mengadap cermin. Luahkan perasaan anda pada cermin. Biar mata bengkak no prob janji ada berada dibawah pancuran air hujan itu. Kalau tak der pancuran curahkan air dari atas kepala sekerapnya. Pasti bila semua dah anda lakukan kepala anda akan ringan dan bebanan perasaan akan jadi Zero Defect. Kalau tak caya cuber ler... 5.Akhir skali kalau saya rasa semua cara tak sesuai saya akan membuat kerja rumah non stop. Sehinggalah saya rasa puas. Tak makan dan tak minum dan tidak bercakap. Sehinggalah anda rasa anda dan berpuas hati 100% dengan kerja yg anda lakukan baru anda mandi dan ketika itulah rasa lapar anda akan muncul tiba-tiba...dan persaan tension itu akan reda dan anda akan kembali normal dan menjalankan aktiviti seperti biaser...Concentration pada kerja yg anda buat tu penting...dan ia akan membuatkan anda lupa akan masalah anda... itu cara saya mengendali masalah diri saya. Anda bagaimana? Diingatkan semua penyelesaian masalah diatas adalah dari ketentuan ALLAH. Jangan lupa sembahyang dan zikir serta doa. Itu semua dari ALLAH. Kita hanya mampu berusaha. DAn kita mesti reda atas apa yang ALLAH berikan pada kita. Ada hikmah disebalik pemberiaan dari ALLAH. Wassalam

No comments: