1-31 march 2007

assalamualaikum. 1-2/3/07 khamis-jumaat keje, keje, keje walaupun dah boring ngan keje...tetap diteruskan keje demi anak-anak yg semakin membesar 3-4/3/07 sabtu-ahad hari ni adala hari yang memerlukan banyak tenaga yg keluar. tidak ada istilah rehat utk hari ahad. 5-9/3/07 isnin-jumaat badan sakit-sakit. kesihatan pun mula buat hal.tapi keje juga tu. 6/3 saya dah tak tahan MC ler teman jawapnya.rehat dirumah dpt ler sikit itupun kene melayan keletah anak bongsuku.tapi aku tenang.esoknya kerja spt biaser. 10-11/3/07 sabtu-ahad aktiviti biaser.tak der kemana 12-16/03/07 isnin-jumaat 12/3 saya cuti.bukan apa badan nih sakit-sakitlah.esoknya kerja spt biaset sampai ler hari khamis. jumaat saya cuti balik. 17-18/3/07 sabtu-ahad aktiviti biaser tak der pertukaran 19-23/3/07 isnin-jumaat saya kena asthma so ambil ubat dan doktor suruh rehat tapi tak bagi MC. so EL ler jadinyer.badan memang lemah ler. seterusnya keje cam biaser. letihnya kalau buat kerja sensorang nih tak der bantuan...aduh tolong lah 24-25/3/07 sabtu-ahad beli ikan dan sayur. bersihkan semuanya dan masuk fridge. lepas tu masak ler, basuh kain, kemas rumah dll. kain kering angkat plak, lipat masuk dlm almari. pas tu menyapu kalau banyak sampah. depan umah lagi selipar bercelaru, pasir lagi....sik, letihnyer mak nih... 26-30/3/07 isnin-jumaat kerja cam biaser . drive slowly and carefully. bukan apa teringat anak-anak yang sentiasa menanti bila kita bali keje nanti. kalau tak bawa elok-elok lain plak jadinyer betul tak???. hati saya tersentuh melihat setiap muka anak-anak yang menanti kepulangan saya dari kerja riak muka mereka sungguh ikhlas dengan senyuman yang membuat hati saya jatuh sgt...naluri ibu...bertanya itu dn ini...gi mana..dll 28/3 aku kecundang dgn penyakit ku...aku tak mampu bertahan cuma meneruskan rehatku dirumah. EL terpaksa ku khabarkan kerana kesihatan ku yg kurang baik. husband ku cuma berkata tak der exercise tu pasal sakit...!!! aku terkebil-kebil dgn migrain, asthma yg menyerang, dgn hidung tersumbat sukar bernafas hanya itu saja luahannya pada aku...ah...lantak lah...30/3 hari terakhir managing director PEB/PLUS DATO' IDROSE MOHAMED. Beliau akan bertugas di POS MALAYSIA. majlis Farewell utk Dato' diadakan...aku pergi utk memberi salam terakhir sedih gak..menitis gak airmata walaupun aku nih kuli shj. kulihat ramai yg menitiskan air mata begitu juga dgn Dato' sebak hiba...semoga bertemu kembali... 31/3/07 sabtu aktiviti membeli belah. hari ini maulidur rasul. SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL `kulihat kau tertawa gembira tapi aku disini meratap hiba'

No comments: