apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
22 September 2007 (Sabtu)
Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH. masuk hari ini sudah 10 hari kita semua berpuasa. Syukur saya kepada ILLAHI kerana memberi kekuatan pada saya sekeluarga serta ibu untuk berpuasa.
Hari ini selepas sahur saya tidak tidur. Kebiasaanya saya memang tidak tidur kerana mengemas rumah, membasuh dan lain-lain kerja yang hendak dilakukan. Selepas bersahur saya masih berkemas. Kemudia sembahyang subuh dan terus bersiap untuk pergi ke pasar tani. Saya pergi bersama suami serta anak saya, Alisa. Beli barang-barang basah dan juga untuk hari ini saya sudah plan untuk memasak nasi lemak.
Minggu nih saya beli 2 keping ikan kurau; 5 ekor ikan mabung; 6 ekor ikan pelaling; 4 ekor ketam; 1/2 kg udang; 1kg sotong. sayur pula saya beli 1 cekak ulam raja; 1 cekak daun seylom; 2 cekak daun salad
itu sahaja. lepas tu saya pun balik. hantar anak tiusyen 9-11 pagi. balik rumah dan rehat sebentar. 10.45 pagi jemput anak. balik rumah rehat lagi.
pukul 1.45ptg hantar nak tiusyen dan balik. mula memasak nasi lemak dan semabal. sediakan ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun. seiapkan dan simpan dalam peti sejuk.telur juga telah direbus dan dikupas.
Nasi putih pun saya masak juga sebab my mom nak makan nasi putih so lauknya masak lemak cili api udang & kacang murunggai; sambal belacan
ulaman; ikan masin kurau. memang best ler buka puasa ari tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment