apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
24 September 2007
Assalamualaikum.
13 hari berpuasa kalau tidak silap.
hari ni masak gulai lemak kobis, sambal belacan, ulaman dan ikan masin. Saya dan suami serta anak ke bazaar ramadhan utk membeli nasi ayam untuk anak-anak. beli 1/2 ekor ayam panggang dan pergedil.
alhamdulillah sebelum berbuka jiran sebelah rumah Kak Ina memberi sepinggan kuew teow goreng. Rezeki. Sebelum itu saya memberi semangkuk bubur lambuk.
Sebenarnya saya memang suka aktiviti memberi jiran makanan dibulan puasa. Rasa macam seronok sangat. bukan tjuan saya untuk menunjuk-nunjuk tapi perasaan itu gembira sangat bila tiba ramadhan. aktiviti sebegini memang saya tunggu-tunggu. my mom selalu cakap macam mengharap orang nak bagi makanan atau kuih tapi tidak bagi saya kerana saya amat seronok sangat bila ada jiran yang memberi makanan. terasa indahnya bulan ramadhan ini.
Memang setiap kali ramdhan saya berasa teramat bole juga dikatakan terlampau seronok tapi bukan pada makanan dan lauk-pauk yang banyak tapi bagi saya bulan yang baik ini memang dinanti-nanti. itu lah perasaan saya bila ramadhan tiba. orang lain saya tidak tahu ler apa perasaan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment