29 September 2007

Assalamualaikum. Hari ni masuk hari ke 18 kita berposa. Hari ini aktiviti saya padat. dari pagi sampai ler ke buka puasa. pagi lagi dalam pukul 7.45 pagi saya dah kepasar tani untuk membeli ikan dan sayur. dalam pukul 9.00 pagi saya balik dan settlekan semua ikan dan sayur yang saya beli. Hari ni saya masak nasi lemak sahaja. bukan apa kalau saya masak nasi, anak-anak kurang makan. so kalau nasi lemak memang peberet. Dalam pukul 10.00 pagi saya dan anak-anak pergi ke JUSCO untuk membeli baju raya. Punyalah ramai orang ketika kami sampai parking pun susah nak cari. At last dapat juga parking belah atas. Cari ler baju anak-anak, ramainya orang tak tau nak cakap tapi saya terpaksa settlekan baju mereka. tepat pukul 1.30 sampai rumah dan semuanya tertidur keletihan. alhamdulillah anak-anak masih berpuasa walaupun nampak lembik. Tepat pukul 3.00ptg saya bangun tidur dan mandi.selepas itu mula masak. siap. keluar gi bazaar ramadhan utk membeli makanan anak-anak. settle semua saya balik dan masa berbuka pun hampir.Syukur akhirnya Azan berkumandang dan waktu berbuka. Belah malam saya, suami dan anak-anak pergi ke VITACARE Farmasi di Setiawangsa. Sebenarnya nak beli hidung tersumbat dan vitamin utk suami. tapi saya bertekad untuk memeriksa kandungan gula dalam darah dan bacaannya ialah 7.5. Wah! tinggi tu. kalau normal 6.0 shj.kena jaga makan nih. Bukan nak jaga badan nak kasi cantik atau apa tapi menjaga kesihatan saya supaya tidak menghidapi kencing manis. lagi pun orang tua saya memang penghidap diabetes kronik dimana kaki sebelah pergelangan kaki kiri sudah dipotong. Saya sudah berhadapan dgn keadaan bapa saya so saya jadi takut jikalau saya akan jadi begitu. Siapa nak jaga saya.anak-anak masih kecil. Ibu saya pun dah uzur. Cuma berharap pada suami itupun kalau tidak keberatan. Biasalah orang lelaki (tidak semua lelaki) bila senang dia suka bila dah sakit dia benci. itulah yang saya takutkan.siapalah nak jaga saya?ahhh malas nak fikir lebih baik jaga kesihatan diri. Beri semangat pada saya supaya saya kuat untuk menghapuskan penyakit ini. Sepanjang malam saya memikirkan tentang kencing manis hingga terlena hampir 3.00pagi.

No comments: