Salam.Ahad.
Hari ni saya akan menjalankan misi saya iaitu berjumpa dengan Pakar Motivasi Osman Affan di pejabat beliau di Setiawangsa. Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan beliau. Saya membawa kesemua anak-anak saya. Saya ingin berkongsi bersama En.Osman mengenai permasalahan anak-anak. Setiba disana saya disambut oleh En.Osman dan isteri. Mereka begitu peramah. Setelah memperkenalkan diri saya ditemuramah atau sesi kaunseling bersama dengan En. Osman. Anak-anak hanya duduk diluar bermain komputer. Hampir 1 jam lebih saya dikaunseling terdapat sedikit sebanyak yang saya alpa pada anak-anak. Berbagai kesedaran timbul bila sesi itu berjalan dan saya hampir menitiskan air-mata bila sesi ini dijalan tapi alhamdulillah saya dapat menahannya. Selepas sesi selesai saya dapat rasakan kepuasan dalam diri saya seperti saya telah melepaskan satu masalah dan membuatkan diri saya yakin. self confidencen mesti ada pada diri saya untuk meyakinkan anak-anak bahawa mereka boleh buat dan lulus dalam ujian.
Selepas bersalaman saya pun pulang dgn rasa berkeyakinan. Demi utk anak-anak.
Sebelah petang pulak ada tetamu yang datang. Bapa dan ibu mentua serta adik ipar saya dtg kerumah. sedikit sajian diberikan. berborak sakan ler.
Hampir jam 7 ptg mereka beransur pulang.
Jika sesiapa yang ingin mengetahui mengenai En. Osman Affan sila lawati laman web beliau di http://www.osmanaffan.com/. Pelbagai tips diberikan.
Dan yg paling best sekali ialah hari ini ialah BESDAY saya.....
Hanya ucapan terima kasih dapat saya berikan pada kenkawan yang mengingati BESDAY saya. dulu BESDAY GIRL sekarang BESDAY MOM.Thanks a lot.

No comments:
Post a Comment