4 November 2007

Salam. Raya ke-23. Ahad. Hari ini saya membasuh cadar dan sarung bantal. serta kasut sekolah anak-anak yang sudah hitam sehitam-hitamnya. Hari ini mak kurang sihat cause gusinya bengkak dan pening kepala. masak sedikit untuk makan tengahari. Jiran bahagian depan rumah tu ada kenduri kawinkan anak so mak tak pergi. lagipun hari nak hujan. saya pun sakit lutut so idak ler pegi. duduk bersantai dan berkemas dirumah. saya menguruskan dapur sambil memesin cili kering, bawang dan lain-lain. bukan apa nanti senang nak masak. Selepas tu memujuk Alisa tidur hampir pukul 4.oo ptg tak tidur-tidur. Ayah dan abangnya dah sampai ke Moscow, dia tak tidur-tidur. Hampir 4.30ptg baru tidur. Hari pun hujan. Anak sulung, Ika pergi bermain kerumah jiran sebelah dan ada Open House so dia kesitu jer ler. Kawan ler katakan. Tapi bukannya makan pun bermain jer lebih.suka hati ler... Petang nih mata tak nak lelap so layan tv, best gak citer nih...tajuknye FRAKENFISH. Best giler. Thriller tu.Ikan tu dasyat giler..pembunuh dan makan segala benda...memang best layanzz tanpa gangguan... Petang tu dah planning ngan hubby nak gi CAREFOUR bawa anak-anak makan tapi sebelum tu dlm pukul 7.oo ptg adik ipar lak dtg beraya dng anak so suruh hubby beli mee hoon goreng. dlm pukul 8.00 mlm mereka balik dan kitaorang pun kluar gi CAREFOUR untuk blanja anak-anak makan. Hujan ler plak tapi still gi juga. Sampai sana orang punyer ler ramai...so terus makan.saya tak makan cause dah kenyang. Hubby pun sama. anak jer. Sizzlings Yee Mee 2, Chicken Chop 1, air laici 3 dan nescafe tarik 1.Makan ler depa. saya cuma mengelolakan Alisa yang lain makan sendiri. dlm pukul 9.30 mlm kitaorang balik hujan still turun membuatkan mata saya nih nak lelap ler plak..heheheh

No comments: