apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
10-13 December 2007
Salam.Isnin-Khamis.
Keje macam biaser. Penat masih terasa.tapi puas hati. Keje macam biasa. Tak der apa yang mengancam cuma Division kami akan mengadakan Jaman Perpisahan untuk Sr. GM yang akan berhijrah ke syarikat lain. Jamuan akan diadakan pada 12/12/2007 @ 4.30pm. Segala persiapan dilakukan dan hadiah juga telah ditempah.
Alhamdulillah pada hari yang dirancangkan Jamuan berjalan dengan lancar. Syukur kepada ALLAH kerana tiada masalah didalam menguruskan Jamuan itu. Dalam masa ucapan yang dilakukan oleh Sr. GM sebak juga rasanya kerana kehilangan seorang ketua yang begitu low profail. Memang bagi pendapat saya merek begitu low profail walaupun berjawatan tinggi tapi masih boleh bercampur, bergurau dengan staff-staff bawahan. Tidak sombong. Senang didekati dan boleh diajak berbincang serta berbicara diselang-seli dengan gurauan. Tiada perbezaan darjat (alamak mcm citer 60an la plak).
Sepanjang jamuan saya berdiri hingga menyebabkan lutut saya mula berdenyut dan sakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment