Assalamualaikum smua-mua.
Isnin/21/1/08.12 Muharram 1429.
Rasanya baru hari ini saya dapat mengintai dan mencoret ceritera didalam blog saya. Sebelum ini memang tidak berkesempatan. Alhamdulillah.
Pada awal tahun semestinya sibuk begitu juga dengan saya. Perihal anak-anak, sekolah dan lain-lain. Hari Jumaat lepas (18/1/2008) saya berkesempatan berjumpa dengan sepupu saya di Chan Sow Lin. Memang lama tidak berjumpa. Banyak yang diceritakan dan juga problem beliau. Saya sebagai seorang sepupu yang dikira rapat terasa juga bahangnya. Serba sedikit apabila mendengarnya luahan hatinya , saya rasa bebanan beliau lega sikit. Saya berharap semoga masalahnya akan selesai.
Seperti biasa hari Sabtu (19/1/2008) saya akan ke Pasar Tani. Tapi bermulanya tahun 2008, saya tidak lagi ke Pasar Tani kerana bila saya buat bandingan harga memang jauh mahal tidak kira dari segi ikan, sayuran dan lain-lain. Oleh itu saya beralih ke Pasar Malam di kawasan rumah saya yang pada saya harga jauh lebih murah. Ikannya pun segar-segar tapi kena awal pergi ke Pasar Malam.
Hari Sabtu juga adalah hari yang sibuk kerana kedua-dua anak saya bersekolah. Ini adalah kerana aktiviti Ko-Kurikulum diadakan setiap Sabtu minggu ke-dua dan ke-empat. Sebelah petang pula anak sulung saya, Ika berlatih bola jaring untuk pasukan sekolah.
Hari Ahad (20/1/2008) adalah hari santai bagi saya dan keluarga. Santai pun bukan boleh santai habis-habisan banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Hari ini kawasan perumahan saya menerima satu berita sedih dimana anak jiran kami yang baru bersalin 2 hari, anak pertama (perempuan) beliau telah meninggal dunia. Saya dan hubby menziarah. Saya begitu sedih bila melihat jenazah baby. Bayangkan ibunya lagi sedih kerana anak pertama yang telah lahir hanya berkesempatan dengan beliau selama 2 hari. Setelah dikandung 9 bulan namun akhirnya hanya 2 hari saya dapat bersama dengan ibunya. "ANAK SYURGA" itulah yang diperkatakan setiap kali jiran-jiran menziarah. Hakikat memang pasti, tapi bagaimana seorang ibu hendak menghadapinya...hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ibunya. Semoga cekal dan sabar untuk menghadapinya. Selesai sembahyang jenazah saya pulang manakala hubby mengiringi hingga ke kubur. Saya masih terasa tempias sedihnya seorang ibu...
Selepas makan tengahari saya mengajak hubby dan anak-anak pergi ke GIANT Permata untuk membeli seluar untuk Alisa. Sesudah membeli kami bercadang untuk pergi ke BUKIT BELACAN untuk melihat tempat itu. Malangnya setibanya disana tidak boleh masuk hingga keatas tempat mandi-manda. Kereta dimestikan diletakkan diparkir dan berjalan kaki ke tempat mandian. So apalagi dengan masalah lutut yang longgar nih saya batalkan niat untuk kesana dan membawa anak-anak makan-makan. Hubby cadangkan ke YAOHAN THE MALL. So bergegeas pula ke sana. Setibanya di sana kami terus ke tempat makan dan makan ler. Anak-anak nampak berselera dan gembira. Selesai makan saya singgah di BREAD STORY untuk membeli roti untuk dibawa pulang kerumah. Selesai semua kami pun pulang dan singgah di kedai buku untuk membeli buku anak-anak saya. Selesai semua kami pun balik dan sampai dirumah tepat pukul 5.30 ptg.
Nabil Fitri (muka tension cause lapar)
Nur Alisa (apa-apa pun bole)
Berkemas dan mandi-manda dan seterusnya berehat. Anak-anak sudah memulakan tugasan menggosok baju sekolah dan menyediakan buku sekolah dan seterusnya tidur. Alisa sudah lama tidur kepenatan.
Malam pula saya mengemas dapur dan menyediakan lauk yang hendak dimasak esok. Siap semua baru saya ke tempat tidur. Lutut saya terasa sakit dan saya letakkan minyak panas di lutut saya. Lama juga hendak melelapkan mata akhirnya saya tertidur juga...zzz.
No comments:
Post a Comment