salam.
hari ni ada majlis bacaan yassin,solat hajat dan doa restu untuk murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1. Mula majlis pukul 7.00ptg.
Acara.
solat jemaah maghrib
bacaan yassin
solat jemaah isyak
solat hajat
majlis doa restu untuk anak-anak tahun 6
Dari mula sampai saya sudah merasa sedikit sebak. tapi masih control machos. kemudian apabila baccan yassin dimulakan bertakung gak airmata nih. Ika saya tengok cool. awek nih mmg cool memanjang. apa-apa diteruskan juga bacaan hingga selesai. syukur. solat Isyak berjemaah. kemudian sambung solat hajat. di kala ini air mata bergenang bila ustaz membaca doa memohon kebaikan dan kekuatan iman bagi anak-anak, tumpah juga airmata saya tapi nasib baik lampu sekolah tu idak ler terang sgt. so masih mampu cover.hehehh.sesekali ika menjeling saya. saya cuma senyum dan angguk.
akhirnya majlis memohon doa restumembuatkan saya begitu sebak hingga tidak dpt menahan air mata. semua ibubapa dan guru diminta berbaris panjang begitu anak-anak. setelah selesai bermula majlis restu sambil berselawat keatas nabi S.A.W. seramai 150 org murid lelali dan perempuan menyalami tangan semua ibubapa serta guru. betapa syahdunya hati saya tak kala setiap anak yang menyalami serta mencium. airmata nih bagai air terjun mencurah. Ika no.2 akhir sari barisan anak-anak tahun 6, setibanya Ika menghampiri ibunya ini, menyalami saya , seya terus menarik Ika dan mencium kepalanya, Ika hanya senyum. Betapa coolnya Ika sedangkan maknya bagai nak rak nangis. begitu juga ibubapa serta guru juga tidak dpt menahan sebak.
Adussss, inilah permulaannya. Belum lagi PMR dan SPM. Agaknya lagi heavy agaknya...itu belum lagi yg nak pergi belajar keluar negeri. Insyaallah, tapi dapatkah saya menahan sebak saya...
Setelah selesai semuanya, makan malam disediakan. Sambil berborak dengan ibubapa yang lain akhirnya lewat 10.45 mlm baru kami berdua sampai dirumah. SYUKUR kerana kami berdua dapat menghadirkan diri bersama-sama.
No comments:
Post a Comment