Salam.
Nur Zulaika anak saya yang sulung. Seorang yang rajin (bila angin rajin dtg ler), pengemas (juga bila angin baik), ambil berat, suka mengacau adik, juga seorang yang garang pada adik-adik serta bertanggungjawab.
Tahun ini kakak akan mengmbil peperiksaan UPSR. Bulan September 9, 10 & 11. tidak lama lagi masanya akan tiba tetapi masih leka dengan main, main dan main. Membaca, mengulangkaji bila hampir 10.00 mlm. Bukan emak tak pantau kakak, tapi emak tidak mahu mood kakak hilang sebab kena marah. Emak ikut rentak kakak.
Emak harap kakak akan berjaya dan lulus didalam UPSR. Guru-guru dan emak banyak membantu kakak dan semua anak-anak untuk berjaya. Semuanya ditangan kakak, samada untuk berjaya atau sebaliknya. Emak dan guru-guru mendoakan agar kakak serta semua anak-anak akan berjaya didalam UPSR.
Ingat Zulaika, walaupun kakak cemerlang (Insyaallah) tapi emak agak keberatan untuk izinkan kakak masuk sekolah asrama. Walaupun emak setiap hari sering merperkatakan tentang sekolah asrama penuh tapi naluri emak tidak akan mengizinkan kakak pergi. Emak cuma mahu awak cemerlang. Walaupun begitu emak akan terima apa yang mampu kakak lakukan. Cuma emak mahu awak berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan awak sendiri dan juga disiplin pada diri sendiri dan juga masa.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR, Nur Zulaika.Semoga kakak akan berjaya.Emak akan sentiasa doakan setiap kejayaan anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment