Sebak...20/10/2008

Salam untuk semua.
hari ini perjalanan ke pejabat berjalan dengan lancar. Mmglah lancar cause saya ikut terowong SMART. sampai di pejabat dlm pukul 7.55pg. masih ada masa utk bersarapan justeru itu saya terus membeli nasi lemak digerai berhampiran parkir kereta saya. sambil menunggu saya berbual dgn seorang kakak yang kerjanya sebgi baby sitter. masalahnya ialah kakak ini menjaga tiga orang anak jirannya. 2 perempuan dan seorang lelaki. anak lelaki jiran ini tidak boleh berjalan kerana terdapat masalah walaupun umurnya menjangkau 2 tahun. Alangkah kasihannya saya melihat anak ini kerana teramatlah comel. sambil berbual kakak ini meluahkan perasaannya kerana ibu-bapa anak-anak ini seminggu sekali mengambil anak-anaknya walaupun rumah mereka berhampiran. itupun sesudah ditelefon barulah dtg ambil anak2. Hmm...ada juga ibubapa yang begitu. tak kasihankah mereka pada anak-anak? saya tanya lagi mungkin ibubapa mereka bekerja ikut shift ke atau outstation? tidak sama sekali ibubapa mereka hanya bekerja biasa sahaja. ibunya bekerja dikedai kek dan baru tukar kerja disalah sebuah hospital berhampiran. ttg pembayaran pun liat juga. Ya ALLAH letihnya saya nak fikir udah ler anak bagi orang jaga, lepas tu ambil anak pun susah dan nak bayar pun liat aduhai...mengapa ye?
At last saya inform pada kakak tu Kak, jagalah mereka dengan baik Kak, pahala besar Akak terima nanti, tengok saje mata anak-anak itu mereka tak tau apa-apa, sabar jer la Kak. saya berlalu sambil merenung mata anak-anak kecil itu. Apa perasaan anak-anak itu bila ibubapa tidak dtg menjengok hanya hujung minggu shj itupun kalau datang! BETAPA SEDIH DAN KECEWANYA HATI ANAK-ANAK ITU.
sepanjang jln ke pejabat hati saya masih pada anak-anak kecil itu. bayangkan kalau itu terjadi pada diri saya sendiri!...

No comments: