apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
Pelik...manusia hari ini
Kenapa yek?
Nur Alisa binti Zakaria - I am going to school.
Especially for Nurzulika Binti Zakaria, 13 years old.
Khas untuk Nabil Fitri, Happy Birthday 10 years old
Selamat menyambut hari jadi yang ke 10 tahun, Nabil Fitri Bin Zakaria. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Emak ucapkan semoga Nabil berjaya didalam pelajaran dengan cemerlang dan menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa serta keluarga. Jadilah seorang yang beriman dan cemerlang.

Aktiviti hujung minggu
Sabtu dan Ahad adalah hari yg menyibukkan bagi diri saya. pelbagai aktiviti. Salah satunya saya dan family buat makan-makan & barbeque. Segala barangan telah disediakan. mutton, beef, chicken, sausage, sweet corn, marinated prawn and squid and others.
Sebenarnya bukan apa saje-saje je...sambil menyambut birthday boy and girl, my dear son and daughters, Nabil Fitri (10) and Nurzulaika (13). terasa diri saya begitu dimamah usia. Anak-anak meningkat dewasa dan saya pula meningkat tua....heheheh. Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana diberikan zuriat-zuriat yang sihat. Inilah harta-harta saya yang paling saya sayangi dan saya ingin membentuk mereka sedaya yang saya mampu menjadi anak-anak yang soleh & juga berjaya didalam segala bidang yang diceburi dengan cemerlang samada didunia dan diakhirat. Terkadang saya merasa mampukah saya kerana diri saya tidak seperti kawan-kawan yang lain yg mempunyai pelajaran yang tinggi dan mempunyai ekonomi yang lumayan. Saya hanya seorang yang tiada apa dalam diri. nasib tidak menyebelahi diri saya lantas saya lakukan apa yang termampu.
Berbalik kepada barbeku dibuat pada ptg Ahad. bermula dari proses menyediakan api hinggalah ke larut malam gitu...betapa gembiranya saya kerana abg, kakak ipar dan anak2 buah semua ada. cuma abg no.2 shj yg tidak dpt hadir. tujuan saya buat begitu adalah untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Anak-anak saya bukan main enjoy dengan makan, minum, makan, minum balik.
Saya juga membeli sebiji Orange Cheezy Choc Biscuit Cake khas untuk kedua-dua anak saya. Sebenarnya lupa nak ambil gambar masa memanggang makanan tu tapi sempat juga saya ambil gambar semasa memotong kek.
Saya tidaklah makan pun cuma saya suka melihat suasana yang meriah dgn anak-anak membakar daging dan makan bersama-sama berebut-rebut. Suasana meriah sekali macam buat besday party. Aktiviti dilakukan hingga lewat malam. tapi dah malam kureng ler sikit cumabakar jagung sahaja. sambil tu berborak dan mengusik dengan gelak ketawa aduh syiok gilerzzzz.
kalau ramai lagi best. Saya bangga dengan keluarga saya walaupun bukan berpangkat tinggi namun keakraban tu yang saya mahukan. Syukur alhamdulillah.
apa nak citer yek...no idea
ASTHMA menyerang...
HIGHWAY pun sesak madat
Gamba nih den ambik maso lam perjalanan den ke ofis di Subang. Sobolum sampai susur masuk ko Toll Plaza Subang dari Damansara dah slow moving dan sosak madat ngan keto dan lori yang bagak-bagak. Mak ai...takuit den. Lori minyak, kontena, lori hantu, lori angkuit semuanyo godabak. Camnor nak di buek an?
Lotih den pagi-pagi sotiap hari dari Senin hinggo Jumaat asyik la ngadap sosak madat nih. Ni yang buat den hilang mood nak kojo. mano lai yang bawak keto asik la yang nalipon la, bawak lombap la, yang laju tolampau laju sampai den pun takuit. Ayoo jang oi, mano laie jalan den nak ikuit.lomah den dibuek nyo. Lotih den dok lam keto bejam-jam, mato pun ngantuk dibuek ee. Ontah la Kolumpo nih semuonyo sibuk...suko ati ekau la
timo kasih daun koladi di dalam baldi
ada maso den tulih laie pasal highway nih.
salam.
RUMAH PANGSA DI JALAN PEKELILING
penuh sejarah perlu dikekalkan!!
Rumah Pangsa Jalan Pekeliling yang telah dikosongkan. Pokok-pokok tumpang tumbuh melata mencacatkan pandangan mata. Apakah nasib si rumah pangsa ini? Wajarkah rumah pangsa ini dirobohkan seperti nasib rumah pangsa yang telah dirobohkan. Bukankah patut jgn membuat pembaziran yang ketara sangat di mata masyarakat. Bukankah boleh diduduki lagi cuma perlu dibaik pulih. apakata kerajaan membuka tender KHAS untuk Kontraktor Bumiputra sahaja mengubahsuai serta membaik pulih semula rumah pangsa ini. Dari 2 pintu dijadikan satu pintu. besar ler sikit, luas. upgrade. Cat dengan warna-warna ceria. mengapa luar negeri boleh, Malaysia tak boleh? Diluar negeri mereka cat dan design bangunan mereka dengan gambar-gambar menarik. apa kata rumah pangsa ini di design dengan bentuk wau bulan dan warnakan dengan warna yang sesuai atau pemandangan sawah padi ke, dimensi dlm laut ke. Jika di lihat dari jauh memang kellas dan cantik. Rakyat Malaysia bukan ke Kreatif. masuk akal tak tidak? tepuk dada tanya selera...bagi saya Rumah Pangsa ini perlu dikekalkan kerana banyak lagi penduduk yang bukannya KAYA KAYA belaka. RENUNGKAN, FIKIRKAN...BUKA MATA & TELINGA...
SMKTK SMART 2009
nota kaki:
Terharu saya bila mengenang zaman persekolahan saya di SMKTK. Saya adalah salah seorang bekas student disini. Banyak perubahan telah dilakukan keatas SMKTK. Banyak memori saya bersama kawan-kawan disini. Zaman persekolahan adalah zaman yang tidak dapat dilupakan memang best, ada sedih dan ada kelakar. Cikgu-cikgu pun best gak. Tapi ada seorang cikgu wanita yg tidak dpt saya lupakan. tak yah ler nak citer.
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA GURU BATCH 1996 DAN JUGA KAWAN-KAWAN BATCH 1996.
Nurzulaika's first day school - Form 1 Arif
Hari pertama gi sekolah menengah. Tunggu kawan tak muncul-muncul.Apa perasaan anda menjejakkan kaki ke tingkatan 1.
Camner ler cikgu-cikgu sekolah menengah nih?Ada ke garang macam mak yek?Abih ler!kerja sekolah, latihan, tiusyen, sekolah tambahan, buku latihan, buku kerja, buku tulis....adusssss...Alisa's fisrt day school

"Aca tak nak cekolah, mak"
Masa balik hampir tiba, aorund 11.15 am saya dan kakak pergi mengintai Alisa di tadika. Memang dia nampak masam sahaja dan serius. tepat 11.30am semua diatur untuk menaiki van atau pun tinggal dinursery yang disediakan. termasuklah Alisa yang menaiki kereta teachernya. Bila keluar dari gate tadika mukanya masam dan sempat lagi menjeling saya dan kakak, kitaorang bagai nak rak ketawa tengok muka Alisa masam macam cuka...dalam kereta Alisa sempat menjeling saya dan kakak dalam kereta. Saya tidak menjemputnya kerana saya nak bagi Alisa familiar dengan kereta teachernya dan kenkawan yang menaiki kereta untuk dihantar balik. bila kereta teachernya bergerak saya pun follow dari belakang. Sampailah kerumah dalam pukul 12.00pm. Sampai dirumah saya lihat Alisa rasa lega sangat dan bercerita seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Kitaorang pun layan jer ler.
"aaa , aaa, aca tak nak cekolah, mak"
citer abih.






