pasar tani

Dahaga? pelbagai air ada dijual. Model tidak berbayar Nabil & Alisa.
Betik & Sengkuang. Sengkuang nih best gak kalau dicecah dgn gula, cili api, kicap & sedikit belacan. tenyehkan cili api dan ngap...yummies
Pisang Berangan, Jagung kampung & betik
Ayam
Tapai ubi Kuning. Tapai pulut pun ada tapi dalam keroncot daun pisang diletakkan dalam plastik putih (belakang)
Sayur Kangkung & Batang Keladi
Daun Pandan, Sayur kangkung, Sayur Pucuk Ubi, Ulam Raja
Tuka
(my mom's favourite) bakar lepas tu buat gulai lemak cili api dengan belimbing buluh.jgn masak cair sgt memang berbaloi. Keharuman tuka bakar tu memang membuka selera.
My favourite adik jual ikan yang control macho. Selalu bagi discount. lagi pun mereka ni kenal my mom. they called my mom Nenek.
Anak ikan yu.
Tapi saya tak beli. Cuma posing je. Orang kata buat kari sedap.
Pelbagai corak telekong. tak yah gi Indon. di pasar tani banyak, bergantungan. Nak bunga besar, tebal, timbul semua ada. Janji ongkosnya tebal.
Ikan pari yang telah dipotong-potong. Memang fresh ler.
Disini semua part yang jual pakaian, kain baju kurung, kasut, tudung, barangan rumah/perhiasan, dll ler. Harga berpatutan. Bole ler beli utk raya disini. Kualiti not bad . Rasanya sama macam jual kat JUSCO, SOGO dll tapi kalau nak kira standard tempat mmg kureng ler.
Ikan sembilang laut. dan ikan yang putih lebar tu namanya ikan Sebelah. memang sedap digoreng salut tepung. sebelum goreng kelar ikan tu dulu then baru salut tepung. cecah dengan cili api, bawang hiris dan perah asam limau nipis/kasturi. makan panas2. adusss lazat gilerzzzz
Udang saiz L-XL RM 17.00 kg. Ketam Biru yang fresh , tak tanyer plak harganya. my hubby kalau pergi mesti beli ketam tapi kalau saya, mmg tak pernah beli cause saya tidak minat ketam. Saya hanya beli udang dan sotong. Ketam ni bagi saya, dia ada satu bau yang tidak menyenangkan saya. saya tidak berapa minat dengan ketam. sekian trima kasih. Lagi pun nak siang ambil masa. Tapi my mom, hubby and kids mmg suka ketam. kalau hubby beli saya akan buat sup ketam. suka tengok mereka makan. lagi satu kalau ada nenas, bleh gak masak lemak cili api ngan nenas. mmg lazat....tapi saya ambil kuah nang nenas jer ler. Pas tu goreng palk ikan masin sepat. adusss...ditambah ngan sambal belacan dan ulaman. saya dah pandai makan ulam sekarang. yg kerap dibeli ialah kacang botol. anak no.1 & no.2 panadai makan ulam. my hubby lagi glierzzz ulaman. Dia akan beli ulam raja, daun selon dll lagi. kalau saya tu sauakan akan beli timun & salad.
Memang membuka selera.makan plak dengan nasi panas aduhai...

No comments: