Perasaan saya...

Salam.
Puasa makin meninggalkan kita dan raya menyusul, sedih rasanya bila mengenangkan bulan ramadhan akan meninggalkan kita. begitu juga dengan perasaan saya semakin hampir raya semakin tak tentu arah perasaan bila mengenangkan raya tanpa EMAK & AYAH. Semakin hari semakin sayu, biarpun laran diri saya seperti seorang biasa jer. dalam hati saya tidak saiapa yang tahu kecuali ALLAH S.W.T. Hanya ALLAH yang memahami saya. EMAK sentiasa dihati saya dan gelak tawa EMAK sentiasa kedengaran di telinga saya apatah lagi wajah EMAK bila nak menyambut raya terpancar wajah yg ceria tapi semua itu tinggal kenangan yang sgt berharga bagi saya. setiap kali bila saya membeli daging di pasar tani, sedari jam 5.45pagi saya dah ada di pasar tani, EMAK akan tunggu saya hingga saya sampai rumah dan bawa daging barulah EMAK masuk kerumah. sekarang smua itu dah tak der, tak der siapa yg akan tunggu saya...hanya perasaan & imaginasi saya yang selalu memaparkan bawaha EMAK masih menunggu saya dirumah bila balik kerja atau kemana sahaja.
Raya tahun 2009 merupakan hari yang paling mencabar bagi saya. saya telah kehilangan EMAK dan pelbagai dugaan yang telah saya terima, alhamulillah saya tidak cepat melatah bila menerima dugaan dari ALLAH S.W.T. Saya terima seadanya dengan tenang dan yakin pada ALLAH bahawa semua dugaan itu datangnya dari ALAH S.W.T dimana saya telah diuji samada saya mampu atau tidak menerima dugaan dari ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T mahu menguji kekuatan umatnya samada kuat atau tidak.
Hidup saya seakan tin kosong, sesiapa boleh mengetuknya, membalingnya, buat apa sahaja pada tin kosong itu, tiada apa yang hendak saya luah, marahkan dan apa-apa saje cuma kini saya bertumpu pada suami dan anak-anak saya. Semoga ALLAH S.W.T memberi kekuatan yang paling kuat bagi hambanya yang lemah ini. saya sentiasa mendoakan bagi mereka-mereka yang suka bercerita yang tidak baik tentang diri saya ini dengan harapan kembali kepangkal jalan dan ubahlah kehidupan demi masa hadapan. Tiada guna saya marah sebab benda dah berlaku tetapi cuma ada satu soalan sahaja dari untuk melegakan hati...tapi nantilah saya akan taip apa soalan itu?

No comments: