3 & 4 /10/2009 sabtu & ahad

salam.
sabtu.
pagi nih saya tak kemana cuma mengemas rumah dan masak. pagi lagi saya dah masak nasi utk makan pagi.anak-anak bangun, mandi dan terus makan pagi. hubby saya pun makan nasi gak. perasaan saya begitu tenang tiada berkecamuk.
__________________________________________________________________
saya sms cousin saya dah naik komuter ke belum? so dia balas akan kluar dlm kul 12.30 tgh. So saya pun bersiap-siap dan bawa apa yang perlu dibawa. anak-anak semua dah siap. Hubby plak nak balik penang so hubby kluar dulu. siap segalanya saya pun kunci smua pintu. anak-anak buah semunya keluar yang sorang g open house dan yg sorang lagi g kerja dan tidur rumah sewanya di pandan indah. anak buah yang sorang lagi tak balik-balik kata mereka g negeri sembilan tapi tak kan lepak umah kawan kan? moga-moga tiada apa-apa yang berlaku. selamat smua hendaknya. kami bertolak dalam pukul 1.00 ptg. on the way ke KL Sentral, jalan amat baik sekali cuma cuaca agak panas. Setiba di KL Sentral my counsin pun baru sampai so kitaorang bertolak pula ke Bangi, umah abg saya no.2, mereka buat makan-makan sedikit kerana jiran-jiran dan kawan-kawan anak2 dtg kerumah. biasalah kalau anak-anak bersekolah mesti ada yg nak dtg raya so we all pun joined together. ramai juga alhamdulillah. niat sebenarnya untuk bersedekah syukur semuanya berjalan lancar.
__________________________________________________________________
tepat 5.30 ptg we all bertolak ke hulu langat. sebelum ke hulu langat kami singgah di pasaraya econ save utk membeli sedikit barang utk dibawa ke home stay we all. beli beberapa barang dan fastfood and junkfood then we all bertolak ke hulu langat. sampai di Taman Senanding we all singgah sebentar di rumah Mak Ngah we all utk ambil kunci home stay we all. tepat pukul 8.00mlm we all sampai di home stay we all. angkut semua barang2 dan mula berkemas. my cousin and my kids berkemas rumah dan menyapu, basuh bilik mandi dll. saya plak apa lagi naluri ibu mestilah cepat2 ke dapur utk sediakan makan malamkan. siap semua makan malam pun siap terhidang dan anak2 pun dah mandi then kami makan bersama. enjoy ourselves. makan sambil berborak-borak dengan gelak tawa anak-anak terhibur gak hati saya and my cousin hilang sebentar segala masalah yg ada. we all berborak sepanjang malam. dah makan we all bentang tempat tidur dan melepak dan baring2. tpt kul 11.30 mlm abg no.2 dtg with wife berdua apalagi we all sambung borak. dtg gak mereka ingatkan tak datang sbb open house tadi sure meletihkan badan tapi mereka jenguk juga we all di homestay. tepat kul 1.00 pagi mereka pun balik keumah. we all sambung baring sambil borak.
_________________________________________________________________
4/10/2009 ahad
akhirnya we all tertidur dan tepat kul 2.45 pagi my hubby dtg dan joined melepak di homestay hinggalah esok paginyer. saya bangun seperti biasa masak air dan buat sarapan. saya terus masak nasi dan buat lauk sambal sardin, goreng telur mata kerbau, sedikit nugget dan fries. kami bersarapan bersama. hubby masih tidur. selepas makan kami keluar untuk beriadah pagi sambil membuat aktiviti pagi. kitaorang membersihkan kawasan homestay. mmg enjoy masing-masing ada tugas masing. dan my cousin mengambil sedikit daun pandan dan anak-anak menngambil bunga raya. selepas semua siap , kami masuk kedalam dan berehat, anak2 mandi dan bersiap utk ke menziarahi pusara their nanny. saya pun siap mandi dan dalam pukul 10.00 pagi kami gerak. setibanya di pusara my mom saya membersihkan kawasan persekitaran dan menyapu bersih daun-daun kering dan saya, my cousin dan anak-anak berkumpul keliling pusara my mom dan sedekah al-fatihah. setelah selesai kami bergerak pula ke pusara my dad, saya membersihkan rumput-tumput yang tinggi dan saya juga kami berkeliling dan sedekahkan al-fatihah. setelah selesai semua saya dan anak-anak pergi pula ziarahi my mak long and my anak buah . saya amat sedih bila melihat pusara anak buah yang rumputnya dah panjang tidak bersih. saya menangis kerana tiada siapa yang dtg membersihkan pusara anak buah saya. saya ingat ibu danbapanya datang menziarah pada hari raya tapi entahlah...saya dan anak-anak membersihkan pusara dan kami sekali lagi berkeliling dan menyedekahkan al-fatihah. begitu juga pusara mak long sama juga kami anak-baranak bersedekah al-fatihah untuk nek along. selepas selesai semuanya kami bernasur untuk pulang. dengan langkah yang longalai saya meninggalkan pusara mereka semua dengan hati yang hiba. dalam hati berkata insyaallah akan kujaga dan bersihkan pusara itu semuanya. insyaallah.itulah kata hati ku.
_________________________________________________________________
4/10/2009 ahad
selepas itu kami semua ke sungai lui untuk mencari tempat makan. akhirnya kami dapat satu kedai makan yang dinamakan The Cafe Lui. disini terdapat Ikan Kelah Barbeque. So kitaorang balik ke homestay dan berehat sebentar sementara menunggu hubby siap untuk makan tengahari. selepas siap semua kami kluar semula dengan menggunakan kereta hubby untuk ke The Cafe Lui. sampai disan tepat pukul 1.00ptg. kami order set nasi. Ikan Kelah Berbeque dan juga Fish & Chips untuk anak-anak. Masa menunggu agak lama kerana ikan kelah mmg ambil masa 1/2 an hour. tapi disebabkan sekeliling cafe yang nyaman dan anak-anak bebas melakukan apa saja si kitaorang enjoy . siap semua sampailah segala yg diorder dan kami semua menikmati hidangan dengan penuh selera. alhamdulillah semuanya suka dan menikmati taste ikan kelah bakar dengan berselera sekali. hampir 3.30 ptg kami beransur pulang kerumah dan rehat. saya tertidur dan terjaga bila hubby nakbalik ke kl utk jumpa clientnya di gombak. saya hanya angguk kerana ngantuk sangat.anak-anak pula enjoy memancing dibelakang homestay ada anak sungai.
_________________________________________________________________
hampir 5.30 ptg anak-anak mula bising cause cari kunci kereta tak jumpa. barang-barang dah siap packing semua utk kitaorang balik ke kl. cari punya cari kinci tak jumpa2. at last saya call hubby inform that my car's key tak der. cari,cari dan cari at last my hubby kata ada dlm kereta dia tapi dia kat kl. adusssss...balik lmbat ler jwbnyer...tepat kul 8.00mlm hubby sampai dan we all pun balik ke kramat, tapi my cousin camner yek? hehehehe, at last kitaorang smpai ke kramat dlam kul 10.00 mlm dan bertolak ke Kelang sampai disana dalam kul 11.30 mlm. anak-anak smuanya dah tidur. saya and hubby malas ler masuk umah lagi cause semua anak-anak dah tidur lagipun penat gak badan. tapi disebabkan rasa hormat pada bapa saudara saya tu akhirnya kami mengalah dan semua turun beraya dirumah bapa saudara saya. hinggalah hampir kepukul 12.30 barulah kami beredar dari kelang menuju ke kramat. tepat pukul 1.30 kami sampai dengan selamat. saya bergegaas siapkan tempat tidur utk anak-anak dan basuh muka dan boom...zzz...tak larat nak cakap dah tapi sempat sms pd cousin yg mengatakan kitaorang dah sampai dirumah.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments: