25 DIS - 27 DIS 2009

SALAM.
  • 25 Dis 2009 - Khamis
  • hari ini Public Holiday, Christmas Day. So cuti ler beb. hari ini awal pagi sudah bangun. menyidai kain dan membersih rumah. selesai semua saya bergegas membangunkan anak-anak supaya cepat siap untuk menziarahi pusara nenek di Hulu Langat. Selesai mereka siap smua, kami semua memulakan perjalanan ke kampung. tiba di pusara nenek tepat pukul 10.30pg. ada juga sanak-saudara yang menziarahi pusara. Saya dan anak-anak bergegas ke pusara dan membersihkan kawasan sekitar. saya duduk di sebelah pusara emak. anak-anak juga begitu. kami semua menyedekah Al-Fatihah untuk emak/nenek. saya jadi sebak tapi berusaha utk tidak mengeluarkan air mata. selesai dan puashati dengan kawasan kami beransur pula ke puasa ayah/atuk. alhamdulillah kawasan pusara ayah telah berish dan kemas. pusara disekeliling ayah pun kami tebas dan bersihkan. alhamdulillah nampak kemas. itulah rutin kami anak-beranak hujung minggu. bagi saya adalah satu kepuasan bagi saya bila saya dapat memberishkan kawasan pusara emak/ayah. seperti kepuasan diri setelah melihat pusara emak/ayah bersih sebersihnya. selesai semua kami turun semual ke pusara emak/nenek. tiba di pusara emak saya rasa lapang dada, tenang. melihat kawasan yang bersih dan daun pandan yang sudah mula tumbuh subur lapang dada saya. selesai semua tepat pukul 12.00 tgh, kami semua beransur pulang. Setiba dirumah siapkan makanan anak-anak utk makan tengahari kemudian berehat sebentar sambil menonton SEKAR. setelah habis menonton SEKAR saya bergegas bersiap sedia untuk perjalanan ke PD untuk membaca anak-anak bercuti di PD. Kali ini tempat khas yang telah di temapah ialah RESIDENCE DESA LAGOON RESORT. tempatnya cantik dan bersih. berhampiran pantai dan suasana di sini agak nyaman dan tenang. Resort yang bewarna biru muda dan design ala-ala english itu mmg menepati ciri-ciri jiwa saya. Resort agak rapat tapi kemas. Resort diatas air ini dipenuhi ikan-ikan yang cantik berenang. Angin yang agak kuat mmg nyaman. Kami tiba disana hampir pukul 6 petang. siap semua check-in dan saya rasa amat tenang sekali melepak dlm resort dan malas nak keluar. hubby dan anak-anak keluar untuk santai. Kali ini kami pergi bersama 3 lagi keluarga belas kakak ipar saya no. 2. sebenarnya percutian yang sudah lama dirancang dan at last alhamdulillah tercapai juga percutian ini. Dapatlah anak-anak saya dan sepupu2 mereka mandi dalam kolam bersama, kelaut bersama dan saya memang suka jika antara sepupu itu dapat bersama, berkawan, bercerita, bergurau bersama. saya suka melihat situasi begitu. saya tidak suka akan pergaduhan, komplen, berkira. bagi sayalah jika perhubungan antara sepupu baik lelaki atau perempuan adalah baik jika kita kumpulkan mereka bersama, dan pada masa itulah nak bergurau, bercerita, gelak ketawa, engjoy biar mereka kenal satu sama lain dan ini akan berkekalan sehinggalah ke tua. saya suka keadaan yang begitu. saya suka tengok reaksi mereka bila bersama. Hampir maghrib baru hubby balik ngan. semua anak-anak dah ada dlm bilik lepak bilik masing2. saya tetap melepak depan tv. saya rasa mmg rilek, enjoy cause saya tak perlu masak, tak perlu sedia makan.
  • Mlm selepas Isyak kami sekeluarga makan di resort abg saya. Kami semua makan bersama. saya enjoy sgt bila anak-anak buah makan bersama hiruk pikuk gelak ketawa seakan saya bersama arwah emak. Emak mentua abg saya juga joined together. walaupun dlm kegembiraan begitu hati saya tetap bersama arwah emak. Ingatan saya juga berlegar-legar pd arwah emak. Ingatan saya pada emak tetap tidak berubah. Dalam pukul 9.30 mlm kami balik ke resort kami, tetapi hubbi ajak plak g Teluk Kemang. Saya pun ok jer dan tiba si sana kami membeli sedikir makanan laut sperti satay ikan, keropok ikan dll juga sedikit buahan. kemudia dlm kul 10.45mlm kami balik ke resort dan saya menyuruh Ika hantar sedikit makanan laut ke resort abg saya. mlmnya saya susah sgt nak tidur apalagi saya bantai tengok astro hingga 5.00 pg. baru terlelap.
  • 26/12/2009-Sabtu
  • seperti biasa walaupun tido lambat tepat 6.30 pagi saya dah bangun. mandi semua dan lepak depan tv sementara menunggu semua org bangun. tepat 8.00pg semua siap saya,hubby,alia,bail dan aca g cari sarapan pagi. kitaorang beli nasi lemak bungkus. balik terus ke resort abg saya dimana semua org dah berkumpul utk sarapan. kami sarapan bersama manakalan bebudak dah sibuk nak mandi kolam. apa lagi mereka nak kalau dah nampak air depan mata terus kenyang. ari tu semua masuk mandi kecuali saya dan hubby. kitaorang g pasar sikit utk beli udang, sotong dan sedikit ikan. Mlm nanti kitaorang nak buat barbeku dan nak celebrate birthday Asyrap. kids punya gift anak-anak saya dah buat awal dirumah. habis g pasar saya balik terus ke resort abg saya nak kasi bersih semua ikan sotong udang dan perap sekali. kakak dan adik ipar pun dari td g pasar tak balik2 lagi. tak per lah saya siap kan ikan-ikan ni dulu then baru settle benda lain. abg dan adik ipar plak sibuk buat preparation utk mancing mlm nanti. hubby plak pun tengsh sibuk memancing gak tapi mancing NGOROK, TIDUR LER cause pening hehehhe. siap semua saya ajak anak-anak serta anak buah naik balik rehat dan makan tengahari. saya ngan hubby keluar cari lunch dan balik terus makan sama ngan mereka. anak-anak dan anak buah ada yang nak makan tepi kolam so suka ati. saya plak mmg tengahari tak pernah makan so makan tempe jer. mmg peberet. lepas mkn semua anak-anak masuk kolam semula dan saya plak lepak tepi kolam sambil tgk diorang mandi. best gak tengok diorang mandi.dlm diam-diam saya lepak tepi kolam tu saya ingat arwah emak. kalau arwah emak ada masa ni, mesti mak suka g tepi pantai. mak suka pantai dan mak akan mandi laut. tak macam saya, saya takut laut tapi saya suka pemandangan di laut. sambil duduk tu saya akan perhati suasana laut yang luas tu terasa tenang jiwa ini...kalau ler dpt lepak tepi laut setiap hari kan best...lama lepak saya masuk resort dan anak-anak dimonitor oleh kakak-kakak dan sepupu mereka. lepak sambil tengok tv tapi saya mmg tak reti duk diam so saya berkemas bilik heheheh...dlm kul 5.00ptg saya dan hubby ajak anak-anak & anak-anak buah g laut. semua pegi. hubby plak ajak ikan g mancing.yg lain plak ada yg main layang-layang dan ada yg berendam kat laut. hari nak ujan plak. saya seperti biasa main tepi jer ler.
  • sebelum maghrib kami semua balik resort dan bersihkan diri. cuaca hujan agak lebat so semua lepak dlm resort. pintu diketuk rupanya anak buah saya hantar stok makanan roti yg dah sidapu dgn kaya dan splastik biskut. heheheeh mcm tau jer tgh lapau....tq.
  • Mlmnya tepat kul 8.30 kitaorang sefamili turun ke bawah lobby resort dan acara barbeku bermula. disitulah makan dan semuanya. acara potong kek semua disitu. hari pun sejuk cause hujan. we all enjoy dan saya asyik ler melayan anak-anak buah yg sibuk bebenor dgn main mereka. acara amik gambau tu mmg peberet saya. segalam gambar saya amik. bersurai sebelum 11 mlm. masing2 masuk resort dan rehat.
  • tepat kul 12.00tghmalam hubby and ika serta abg dan adik ipar serta anak buah g memancing plak. saya cakap g lah malas nak join lepak dlm bilik ngan anak2. best nyer lepak. at last kul 3 pagi baru mereka balik smua. ikan ? dpt ler anak-anak ikan. ponek yo poie. dah lah umpan pun-pun amat mahal sekali. tak berbaloi langsung...boler ler janji enjoy...seiap semua mereka tidur tapi saya ? masih terkebil2.
  • 27/12/2009-ahad
  • hari ni acara pagi break sdn bhd. bukan apa dah tak larat nak makan roti ngan nasi lemak. so g teluk kemang minum teh tarik. beli roti jer bawa balik. so acara mandi masih diadakan.anak-anak dan anak buah mandi kolam. tepat 11.30 pagi saya panggil anka-anak saya untuk naik dan bersiap untuk check-out. segala baju dah dikemaskan tinggal utk check-out jer. baju-baju kotor saya dah susun cantik dlm kereta. hubby tinggal duk drive jer. siap semua tepat kul 12 tghari saya adalah peserta pertama check-out dan semua settle saya g ke resort abg saya dan konvoi sesama. tepat 12.30pm kitaorang semua konvoi utk balik ke bangi. tiba dibangi hampir 2 ptg dan emak mentua abg saya ajak plak mkn tengahari di restoran urat ketin di bangi. so kitaorang g plak kesana dan makan tengahri bersama. 3 meja sekali. rasa enjoy plak sbb hiruk pikuk suara bebudak lagi, suara gelak ketawa lagi rasa macam heaven sgt...inilah yg saya inginkan sebenarnya KEKELUARGAAN. tapi sejak emak meninggal saya dah tak dpt rasa KEKELUARGAAN dari adik-beradik saya. saya seakan di...entahlah. tgh makan-makan hujan selebat-lebatnya seakan-akan tidak mahu acara KEKELUARGAAN itu tamat. saya amat enjoy bila ada didalam situasi KEKELUARGAAN itu. selesai semua setelah hujan reda saya dan keluarga balik kebangi semula dan kami pun bergerak balik ke rumah dan kami sampai hampir kul 4 ptg. angkat semua barang dan saya ajak anak2 berehat sementara saya mengemas sedikit sebanyak dirumah. saya pun rehat gak sbb letih sgt. tepat kul 6ptg sayabergegas bangun dan mulakan aktiviti membersih. tong sampah yg penuh sampah pun tidak berbuang sejak hari saya pergi. baju yg tersidai di luar dr hari pergi tidak berangkat lansung. what to do. terima ajer lah. siap semua kemas sambil basuh baju. tepat 12 mlm baru rehat itupun lipat baju dahulu baru rehatkan badan. bdn rasa nak deman tapi bangun balik buat fresh oren dan minum. selsema dan pening serta bdn menggigil. ini mmg kes demam nih tapi bertahan. dan akhirnya saya terlelap...anak-anak tidur tak tentu hala mungkin terlampau penat...tapi cuti bersama keluarga kali ini tidak memberi tekanan pd saya, saya enjoy and cool...

No comments: