Ahad.
Kul 5.00 pg dah bangun tapi lepak kat tempat tidur sbb semua org lum bangun. tepat 6.45pg alisa bangun dan terus bawa mandi dan siapkan diri. bangunkan hubby cause nak g pasar. tepat kul 7.30 pagi semua siap dan g pasar beli lauk sedikit. saya ikut jer. wah...seronok tengok pasar kat Pokok Sena sbb ikan dia fresh dr laut. murah pun murah. kitaorang beli sayur, ikan dan jagung (mmg murah giler). pastu beli sarapan. dlm kul 8.30pg kitaorang balik dan siapkan sarapan. bukan apa kitaorang anak-beranak dah biasa bangun pagi dan sarapan jadinya lebih baik saya siapkan sediakan so kitaorang pun makan bersama-sama. tepat kul 11.30 pg kitaorang bertolak utk ke Gurun untuk menghadiri anak saudara saya kahwin. sampai lebih kurang 12.45pm orang dah ramai jugak ler. jumpa dgn mak uda dan sepupu saya so lepak dulu baru makan. tak lama lepas tu pak saudara dan anak2 muncul so saya plak mcm mak pengantin menjemput dan bersalaman dgn mereka. sahaja nak enjoykan diri buat sibuk supaya fikiran saya tidak bertumpu pada arwah emak sbbnya saya tidak dapat menziarahi pusara emak pada hari ni. selalunya pagi lagi saya dah sampai ke pusara emak untuk dibersihkan. jadi perasaan saya tu macam rasa bersalah pd emak sbb tak ziarah emak. jadinya utk melegakan hari saya buat ler syok sendiri hinggakan camera yang selalu saya bawa kehulu kehilir hilang. YA ALLAH satu lagi bala pd saya mmg sah kena bebel ngan hubby. nak buat camner terpaksa trima semuanya. saya cuma diamkan diri. tepat pukul 3.45 kitaorang bertolak ke Kuala Lumpur. Bukan apa Isnin saya dah keje. Cuti pun tinggal nyawa-nyawa ikan sejak mak ada lagi. Org macam saya ni kan banyak masalah so mmg saya gunakan cuti saya 100% demi untuk mak saya...tapi semuanya dah berlalu emak pun dah tak der. Apa-apa pun saya berpuas hati saya dapat bersama dengan emak semasa emak demam, pening dll. saya puas hati saya tlh gunakan 100% cuti saya kepada emak saya. Bukan saya gunakan untuk berpoya-poya, berjalan-jalan enjoy NO...Sebelum sampai ke Gurun tadi hubby ada kata nak makan mee udang. so saya kata kat Sg. Dua memang famous tapi dah lepas so saya cakap kat Kuala Sepetang ada gak tapi saya tak tau jalan. So hubby pun masuk Taiping (U) dan terus cari Kuala Sepetang walaupun dah banyak kali salah jalan at last tepat pukul 6.30 ptg kitaorang sampai ke Kuala Sepetang, Mee Udang Mak Jah. Hubby and anak-anak order melainkan saya bukan apa selera kurang dan kepala dok fikir emak, camera hilang so jadi tak selera makan pas tu hubby pun bising order makan nnti tak habis especially anak-anak ler. So lagi saya malas nak order kalau ada lebih anak-anak dpt ler rasa kalau tidak tak per tak der rezeki. Dpt rasa sedikit tapi pada selera saya, saya kurang lah pada mee udang nih. so perjalanan harus disambung dan kitaorang bertolak ke KL selepas Maghrib dan berhenti sebentar di TAPAH RSA untuk salin pakaian dan beli sedikit makanan utk alas perut anak-anak. hubby beli buah jambu batu dan jambu air. ok ler tu. selepas itu bertolak terus tanpa henti ke KL. kereta banyak juga dan tak leh speed. kitaorang sampai ke KL tepat 9.30 mlm. alhamdulillah selamat semuanya. anak-anak dah letih dan mengantuk. saya terus sediakan tempat tidur dan berkemas sedikit. basuh baju dan angkat beg-beg, baju-baju kotor diletakkan satu tempat. lepas itu barulah saya baring dan terlelap sampai kul 5.00 pg dan sudah sampai masanya saya bangun dan bersiap utk ketempat kerja...
No comments:
Post a Comment