Motivasi dr Dr. Fazley

Salam
  • Ancaman nyata sebenarnya bukan pada saat komputer mulai berfikir seperti manusia, tetapi ketika manusia mulai berfikir seperti komputer.
  • Berusahalah untuk tidak menjadi manusia yang berhasil tetapi berusahalah menjadi manusia yang berguna.
  • Dalam masalah hati nurani, fikiran pertamalah yang terbaik. Dalam masalah kebijaksanaan, pemikiran terakhirlah yang paling baik.
  • Belajarlah dari kesalahan orang lain. Anda tidak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri.
  • Orang-orang yang hebat di bidang apa pun bukan baru bekerja kerana berjaya, namun mereka menjadi berjaya kerana mereka lebih suka bekerja tidak mensia-siakan waktu untuk menunggu kejayaan.
  • Orang-orang yang berjaya telah belajar membuat diri mereka melakukan hal-hal yang harus dikerjakan ketika hal-hal itu memang harus dilakukan/dikerjakan samada mereka menyukainya atau tidak.
  • Kebanyakkan dari kita tidak pernah mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali yang yang belum kita capai.
  • Musuh yang paling berbahaya di atas dunia ini adalah penakut dan bimbang. Teman uanf paling setia, hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.
  • Sesuatu yang belum dikerjakan, seringkali nampak mustahil, kita baru yakin kalau kita telah berhasil melakukannya dengan baik.
  • Perbuatan yang salah adalah biasa bagi manusia tetapi perbuatan pura-pura itulah sebenarnya yang menimbulkan permusuhan dan pengkhianatan.
  • Jika orang berpegang pada keyakinan, maka hilanglah kesangsian. Tetapi jika orang sudah mula berpegang pada kesangsia maka hilanglah keyakinan.
  • Kerana manusia cinta akan dirinya tersembunyilah aib dirinya, tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. kecil dipandang walaupun bagaimana besarnya.
  • Bersikaplah kukuh seperti batu karang yang tidak putus-putus dipukul ombak. Ia tidak sahaja tetap kukuh bahan ia mententeramkan amarah ombak dan gelombang.
  • Kita melihat kebahagiaan seperti pelangi, tidak pernah berada diatas kepala kita sendiri tetapi selalu berada diatas kepala orang lain.
  • Keramahtamahan dalam perkataan menciptakan keyakinan, keramahtamahan dalam pemikiran menciptakan kedamaian dimana setiap keramahtamahan memberi kita menciptakan kasih.
  • Rahmat sering datang kepada kita dalam bentuk kesakitan, kehilangan dan kekecewaan tetapi kalau kita sabar, kita segera akan melihat bentuk aslinya.
  • bahagian terbaik dari hidup seseorang adalah perbuatan baiknya dan kasihnya yang tidak diketahui orang lain.
  • Kita berdoa kalau kesusahan dan memerlukan sesuatu, dan juga kita mesti juga berdoa dalam kegembiraan besar dan saat rezeki melimpah ruah.
  • Semua orang tidak perlu menjadi malu kerana pernah berbuat salah dimana selama itu itu juga ia menjadi lebih bijaksana dari sebelumnya.
  • Teman sejati adalah yang meraih tangan anda dan menyentuh hati anda.
  • Banyak kegagalan dalam hidup ini adalah kerana orang-orang yang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan saat mereke menyerah.
  • Tiada keyakinan yang membuat orang takut menghadapi tentangan maka dengan itu percayalah pada diri sendiri.
  • Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal tetapi kita perlu bangkit semula setiap kali kita jatuh.
  • Pengetahuan sahaja adalah tidak mencukupi, maka kita harus mengamalkannya. Niat tidaklah cukup maka dengan itu kita harus melakukannnya.

No comments: