Motivasi dr Dr. Fazley.(latest)

Salam.
  • Jangan lakukan apa yang orang lain katakan. Dengarkan sahaja mereka, namun kalukanlah hanya apa yang membuat anda merasa baik.
  • Jnganlah membaca kerana mahu bersaing semata-mata. Bacalah kerana anda seronok berbuat demikian, dan mahu mendapat pengetahuan serta bagi pertumbuhan minda.
  • Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.
  • Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannyaadalah lebih hebat.
  • Pujian memang lebih nikmat dari kritikan tapi pujian bisa membuat kita lengah. Mari ambil kritikan sebagai motivasi pada diri agar meraih kejayaan lebih tinggi.
  • Kekhuatiran tidak dapat mengubah sesuatu yang buruk menjadi baik. Doa dapat mengubah sesuatu yang mustahil menjadi nyata. Mana yang kamu pilih?
  • Bercita-citalah setinggi langit kerana jikalau anda tidak dapat meraihnya anda akan jatuh di antara bintang-bintang.
  • Tidak selamanya pemenang itu benar, tetapi seseorang yang benar, itulah yang disebut pemenang.
  • Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal sosial atau ekonomi tetapi mental.
  • Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.
  • Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.
  • Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) & HARDER (lebih kuat)
  • Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat.
  • Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.
  • Bangunlah sebuah sikap berterima kasih. Katakan terima kasih pada setiap orang untuk segala yang mereka lakukan untuk anda. ini adalah investasi terhadap peluang jutaan dolar tanpa modal.
  • Orang-orang yang sihat dan habagia adalah mereka yang menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara lansung. Namun tidak berharap hal itu berubah secara lansung.
  • Jadilah orang hebat tapi orang hebat yang sebenar bukanlah mereka yang tidak berani hendak mengatakan dirinya hebat.
  • Bila kata anda sayang diri, pastikan anda berikan 1 jam setiap hari kepada diri. Bila kata anda cinta pada manusia berikan 10 jam masa anda kepada orang lain.
  • Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akak, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.
  • Apabila engkau fakir, maka ilmu itulah hartamu tetapi jika engkau kaya maka ilmu itulah perhiasanmu.
  • Pelaburan yang paling menguntungkan ialah sebentuk senyuman dan perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang anda cetuskan.
  • Tiada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan tiada kegembiraan melebihi kesenangan hati.
  • Seseorang yang negatif melihat masalah dalam semua peluang tetapi orang yang positif melihat peluang dalam semua masalah.
  • Untuk bertindak bijak, kita kena fikir secara bijak, tapi untuk mencapai awan tidak cukup dengan layang-layang.
  • Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati pangkal penderitaan jiwa.
  • Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal bererti memiliki ukiran yang baik. Dan seseorang yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.
  • Kita semua hidup dalam ketegangan, dari waktu ke waktu serta dari hari ke hari; dengan kata lain, kita adalah pahlawan dari cerita kita sendiri.
  • Apabila di dalam diri seseorang masih ada rasa malu dan takut untuk berbuat sesuatu kebaikan, maka jaminan bagi orang tersebut adalah tidak akan bertemunya ia dengan kemajuan selangkah pun.
  • Perdamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan. Hal itu hanya dapat diraih dengan pengertian.
  • Semua yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu.
  • Hati yang penuh syukur, bukan sahaja merupakan kebajikan yang terbesar, melainkan merupakan pula induk segala kebajikan yang lain.
  • Orang yang berhasil akan mengambil manfaat dari kesalahan2 yang ia lakukan dan akan mencuba kembali untuk melakukan dalam satu cara yang berbeza.
  • Sungguh seddikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.

No comments: