- nukilan hati ini adalah ditujukan kepada semua pembaca dan rakan-rakan serta sanak-saudara, adik-beradik dan sesiapa juga. Bukanlah untuk berlagak bagus tetapi cuma luahan rasa dari seorang insan yang lemah. Pelbagai yang telah saya harungi, rungutan, umpatan, tidak puas hati dari segelintir insan, fitnah, cemuhan, dibenci, dimarah, diugut, dan juga dibuang dari keluarga...tapi saya tetap bangkit dan kuat untuk meneruskan perjalanan saya walaupun hampir rebah dan jatuh...saya lawan,lawan dan lawan perasaan. hati ini hancur remuk segalanya...tak dapat saya utarakan. Airmata tak dapat digambar betapa mudahnya keluar...
- Setiap apa yang kita dapat, haruslah bersyukur dan terima seadanya. Jangan cepat melatah dan emosi. Fikirlah dan rujuklah atas apa yang anda lakukan terdahulu. Apa yang tersirat dan tersurat semuanya dari ALLAH S.W.T. Mungkin ini adalah hukuman ringan keatas anda diatas apa yang telah anda lakukan tempohari. Renungkan segala kesilapan lalu anda. Bersihkah hati anda, ceriakan diri anda. Jangan menganggap diri anda seorang yang bagus dan sempurna. Hindarilah dari menceritaka hal orang lain kepada kawan-kawan. Jagalah mulu dan peribadi anda. sesungguhnya ALLAH maha berkuasa. Fikir-fikirkan lah...Jangan ingat anda adalah terbaik dan berpengalaman tetapi sebaliknya ingatlah perbuatan anda, percakapan anda dan semuanya...ingat ALLAH maha mengetahui semuanya...
- saya hadapi semua dengan tabah, seorang diri, memendam rasa, baru saya tau erti kehidupan sebenarnya bila dipulau ahli keluarga, betapa kerdilnya saya tanpa ada orang memberi sokongan. Hanya kata-kata dari mereka yang dilontarkan tapi bagaimana dengan perasaan saya. Siapa yang akan menyokong saya...tak seorang pun yg membantu memulihkan perasaan saya ini, nekad saya bangun semula perlahan untuk memujuk hati ini supaya jgn cepat melatah, tenangkan perasaan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hanya ALLAH S.W.T tempat saya mengadu, meluahkan perasaan ini supaya tenang...tapi amat payah keadaan itu nak saya lalui...hanya ALLAh sahaja yang tahu perasaan saya bagaimana perasaan saya...isk tak tahu nak cakap lah...
No comments:
Post a Comment