Kemensah Pool-26 October 2011

Salam. Cuti Deepavali saya dan anak-anak pergi menziarahi pusara nenek dan atuk di Hulu Langat. Sesi gotong royong dilakukan oleh anak-anak dan saya duduk disisi pusara arwah emak. Alangkah sedihnya dan rindunya pada emak hingga saya menangis tersedu-sedu. tak taulah perasaan ni sedih sangat dan rasa rindu pada arwah emak terubat juga bila saya menziarah pusara. lama juga kami di pusara sambil membersihkan dan memotong pokok-pokok yang semakin besar dan menggelapkan keadaan di pusara. biarlah pusara emak sentiasa terang dan bersih. Pokok pandan yang kutanam semakin besar dan subur. daunnya yang hijau pekat dan bau yang harum. inilah juga daun pandan yang arwah emak tanam dirumah dan kubawa pula tanam di sekitar kawasan pusara arwah emak. setelah puas hati dan berbicara bersama anak-anak di pusara arwah nenek kami pun beransur pulang. tetapi sebelum pulang kami ke Congkak untuk membasahkan basah yang panas tetapi malangnya keadaan di Congkak amatlah sibuk dan penuh dgn manusia-manusia yang ingin bercuti merehatkan diri di situ. Kami pun beransur pulang ke Keramat dan terus ke Kemensah di belakang Zoo Negara. Disitulah kami anak-beranak berhenti rehat. anak-anak mandi didalam hujan. happy sungguh mereka tapi saya hanya duduk dibawah pondok yang disediakan. tugas khas saya adalah utk mengambil gambar anak-anak. bagi masa bagi mereka berendam sampai kecut...tepat pukul 6 ptg kami pun beransur pulang kerumah. dalam perjalanan hujan turun dan anak-anak dlm kereta agak keletihan dan kelaparan. singgah sebentar untuk membeli sedikit makanan untuk bawa balik kerumah. sampai dirumah semuanya menikmati makanan malam dan selepas semuanya clear kami pun berehat dan tidur...agak cepat kami semua tidur, mungkin keletihan berendam dalam air...cuaca memang sejuk...apa-apa pun saya enjoy dgn anak-anak...saya happy tengok mereka gelak ketawa...

No comments: