Jalan-Jalan ke Kuala Selangor

assalamualaikum. Satu malam saya terjaga dr tidur saya tiba-tiba teringat akan Pak Usu saya di Tanjung Karang. Terdetik tiba-tiba dan entah kenapa tergerak hati saya untuk pergi menjengok di kediamannya di Tanjung Karang. Maka expedisi bermula on Saturday, kami pergi satu keluarga. Setibanya disana kami tidak terus kerumah beliau kerana saya nak bawa anak-anak jalan-jalan untuk menikmati suasana kampung, sawah padi dan macam2 ler. sebelum ke rumah beliau kami makan tengahari dulu. fullamak makan nasi putih, gulai pucuk ubi, ikan kering dan ikan goreng bercili.mak ai baek punyer cilokkkk. lepas makan baru kami ke rumah Pak Usu. Sebenarnya saya teringat semasa saya duduk dirumah mereka semasa saya mengajar di Pasir Panjang. Banyak betul pengalaman dengan anak-anak murid, dgn cikgu2. saya juga dapat bercampur dgn orang2 jawa dan juga banjar. saya dapat rasa makanan dan cara masakan mereka. memang best. smpai rumah pak usu suasana memang amat berbesa jika nak sisamakan dengan dulu. Banyak betul perbezaannya amat ketara. mula-mula turun dr kereta takut jugak samada saya dan keluarga masih diterima sementelah banyak cerita telah diadaptasikan mengenai saya setelah arwah emak meninggal. Tapi demi mengingatkan jasa Pak Usus dan arwah Busu semasa saya dan arwah emak tinggal dirumah mereka saya kuatkan juga kaki saya. Dan akhirnya alhamdulillah Pak Usu menerima kami sekeluarga seadanya.terima kasih Pak Usu. Lega hat saya dan keluarga bila melihat Pak Usu sihat dan agak kuat juga walaupun dimamah usia. lama juga kami disana smbil bercerita makan lagi sekali. lepas sembahyang kami pun berundur kerana banyak lagi singgahan kami. Sebelum balik saya dan famili singgah kerumah Ucu Amat dan Kak Leha. Mereka ini adalah antara orang-orang kuat Arwah Busu dan Pak Usu saya. saya pun dah menganggap Ucu Amat dan Kak Leha sebagai ahli keluarga saya dan saya amat menghormati mereka. terima kasih atas jasa-jasa Ucu Amat dan Kak Leha. Saya datang kesini adalah untuk mengucapkan terima kasih dan dtgnyer saya dan keluarga adalah sebagai seorang anak yang balik kerumah ibubapanya. sayang sekali gambar tidak sempat diambil.

No comments: