apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
21 September 2007
Assalamualaikum.
Hari ni perjalanan ke tempat kerja lancar. sampai di ofis dalam pukul 8.01 am. Selepas sahur tadi saya tak tidur. Melayan Alisa yang demam. Alisa tertidur dan saya bersegera mandi dan bersiap. bangunkan anak-anak kesekolah. Bulan puasa ni saya yang menghantar mereka kesekolah kerana biasanya 6.30pagi van akan datang dan sampai disekolah lampu kantin pun belu dibuka. ini terjadi bila bulan puasa saya. so saya ambil keputusan untuk menghantar mereka.
Dalam perjalanan otak saya ligat memikirkan tentang adik Nurin yang hilang dan semalam disahkan bahawa mayat kanak-kanak yang dimasukkan kedalam beg sukan itu sah adik Nurin. Alangkah hancurnya perasaan ibu adik Nurin bila menerima keadaan ini. Saya sebagai ibu juga merasa tempiasnya sangat sedih. Tapi saya kurang senang melihat sikap bapa adik Nurin yang begitu aggresif bila ditanya tentang anaknya dan menafikan sekerasnya bahawa mayat kanak-kanak yang dijumpai itu bukan anaknya. Tapi saya berfikir semula dan...
sepat ronggeng
No comments:
Post a Comment