August 2007

assalamualaikum. bulan Aug nih BULAN MERDEKA. 50 tahun merdeka negara kita Malaysia. Wah! dah tua rupanya Malaysia nih. Kalau personal 50 tahun kira dah lengkap segala ilmu didada. Macammana pulak dengan Malaysia...apa kah sudah lengkap segalanya atau sebaliknya?.Minggu nih pada 4hb August 2007 hari jadi emak saya Puan Maliah binti Mohammad Noor. Harijadi yang ke 70. Syukur kepada ALLAH kerana memberi kesihatan yang sihat pada emak saya. SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI JADI EMAKKKKK SELAMAT HARI JADI. Hari jadi emak saya tak sambut cause abg-abg pun jauh. so saya ngan anak-anak dah rancang nak ucap SELAMAT HARI JADI shj pada emak. Dan saya juga ada membeli 2 helai tudung untuk emak.Itu sahaja yg mampu saya berikan pada emak. KHAS UNTUK BONDA MALIAH BINTI MOHAMMAD NOOR Emak, sebenarnya adik sayang pada emak, emak sahajalah tempat adik mengadu dan bertanya. Emak, walaupun adik tidak selalu berkata sayang pada emak tapi dalam hati adik ini sayang selalu pada emak. Adik minta maaf jika terkasar dengan emak. Walaupun adik ada emak kandung sendiri tapi pada emaklah kasih sayang adik tertumpu kerana segala penat lelah Emak menjaga adik sedari umur 3 hari hinggalah adik dewasa dan berumahtangga serta mempunyai anak. Emak bersengkang mata menjaga adik dikala demam, tiada seekor nyamuk pun yang menggigit adik. Begitu sayangnya emak pada adik seperti menatang minyak yang penuh. Emak banyak berjasa pada adik. Sekarang tibalah masanya adik membuat jasa pada Emak walaupun adik tidak mampu memberi emak harta benda tapi kasih sayang akan adik berikan pada emak insyaallah. Sempena harijadi emak ni...adik ucapkan selamat ulangtahun semoga emak panjang umur murah rezeki adanya. Itulah ucapan saya pada emak. tak der hadiah yang mewah seperti orang-orang lain...tapi hadiah saya pada emak ialah kasih sayang. Oklah itu citer harijadi...18/8 nih budak sekolah cuti tapi seminggu jer. Rasanya aktiviti cam biasa. dan 31/8 cuti hari merdeka. tapi saya dan keluarga tak pergi kemana-mana sebab saya pun tak sihat sangat cause lutut sakit kedua-dua belah. Menonton TV sahaja. SELAMAT HARIJADI UNTUK EMAK dan SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA YANG KE 50.

No comments:

Post a Comment