September 2007

ASSALAMUALAIKUM Dah masuk bulan 9 dah. makin cepat waktu ini dan makin tua plak saya nih heheheh. Inilah bulan yang saya tunggu-tunggu kerana tak lama lagi umat islam akan menyambut bulan ramadhan. Bulanyang ditunggu-tunggu. Aktiviti harian macam biaser. Oh ya Nbail dah tak joined kelas membaca BM tai ENG still continue. Bukan apa Nabil boleh baca tapi malas nak buka buku. tapi pada bulan nih ENG class ti hentikan kerana bulan puasa. Tiusyen Sabtu/Ahad masih berjalan lancar. 12/9 - saya cuti cause nak buat persiapan menyambut ramadhan. Saya nak masak rendang daging. Persiapan tahun nih sama macam tahun-tahun lepas. Mesti masak rendang daging. Seronok. lagi pun nak beli barang-barang dapur. Pagi lagi saya dah keluar pergi ke pasar tani di Bengkel Mara. Beli daging dan sayuran sedikit. Saya pergi dengan anak saya Alisa. Anak-anak yang lain dan kesekolah. Sampai rumah pukul 7.00 pagi. rehat sekejap baru berkemas rumah. tak banyak ler berkemas cause lutut ni kalau berdiri lama sakit. so perlahan-lahan. masak lauk tengahari dan petang baru masak rendang. siap juga rendang saya. Malam tu makan malam lauk rendang ler.hehe. Anak-anak saya dah saya brief sempena bulan puasa so semuanya faham dan insyaallah semuanya berpuasa kecuali Alisa.Alhamdulillah. 13/9 - Saya bangun sahur pukul 4.00 pagi.siakan segalanya dan bangun suami dan anak-anak. Emak pun memang dah bangun awal so makan bersama. Tapi saya tak makan cuma minum milo dan ambil EPO dan spirulina. Anak-anak juga saya suruh makan spirulina. Ini untuk tenaga mereka disiang hai nanti. idaklah melepek sangat nanti. Suami makan roti dan nescafe tarik. Emak pula light nescafe dan milo 1/2 cawan. Sykur semuanya berjalan dengan lancar.Selepas makan mereka baring semula tapi saya tetap continue kerja-kerja membasuh, menyidai (Kalau sempat) menyapu halaman rumah dll. Rehat sebentar meluruskan kaki. Anak-anak bangun dan kesekolah jam 6.30 pg. Saya pula ke ofis pukul 7.30 pg. Sampai diofis dalam pukul 8.05 pg. Bermulalah aktiviti puasa dan ofis saya dibenarkan balik awal pukul 4.30ptg. Alhamdulillah sempatlah masak. Itu pun tidak tentu cause jalan sesak pada 1 puasa. Isk teruk nya KL nih. 14/9-berpuasa.anak-anak pun berpuasa.alhamdulillah. 15-9-berpuasa.anak-anak pun ok.Syukur. 16-9-berpuasa.semua berjalan denganlancar.Sambil berbuka tanya pada anak-anak tentang kegiatan disekolah. Saya dikhabarkan oleh Nur Alia bahawa Nurzulaika ditinggalkan bas sekolah kerana keluar lambat dari kelas. So Atuk van tak nak tunggu. Nurzulaika terpaksa balik jalan kaki dalan keadaan yang panas terik tu.Saya naik angin juga pada atuk van tu. Tunggulah sekejap sampai budak-budak keluar lagipun bulan puasa nih. Suami saya diam shj. 17-9-berpuasa.semuanya pun sama.cuma belah malam Nurzulaika demam dan saya dan suami serta Alisa ke Klinik Famili di Setiawangsa memang dia demam. So ambil ubat dan balik. 18-9-berpuasa. semua puasa kecuali Nurzulaika dan Nabil Fitri serta Alisa. Zulaika makan ubat tapi selera makan tiada. Nabil pula sebab dah larat sgt. 19-9-berpuasa kecuali Nurzulaika masih makan ubat doktor. Tengahari Nurzulaika call kata lapar sangat cause 2hari tak selera makan. So saya surh buat roti telur sementara tunggu petang nanti. 20-9-Alhamdulillah semuanya berpuasa hari ini. Nurzulaika telah sembuh dari demam dan kesekolah.Hari ini hari ke 8 kita berpuasa. Syukur ALLAH telah memberi kekuatan pada saya sekeluarga termasuklah emak saya. Syukur. 21-9-

No comments: