salam
ari nih aku dan abg no. 2 gi ke Muar utk melawat abg no.1 aku. kami bertolah pukul 10.00. tepat jam 11.45 pg kami sampai di pekan Muar dan kami menanti anak buah utk menjemput kerana jami tak tahu area rumah mereka. sampai dirumah anak-anak abg semua ada. kakak iparku murung. aku begitu sedih tatapi cuba megelak dari menangis. aku mengjak mereka utk ke melawat abg no. 1 aku. aku seperti tidak dpt menahan dada ni yg sekian lama menanggung beban masalah. nak pecah rasanya dada aku nih. macam nak muntah rasanya.
setibanya aku di BPB aku lihat abg no.1 sedang berhat dan berborak dgn KP dari BA. ianya adalah salah seorang kawannya yang dtg untuk membantu. kami semua bersalaman dan tiba pada aku aku terus mencium tangan dan mula menangis. aku tak dpt menahan sebak dan terus menangis. berulang kali abg no.1 memujuk mengatakan bahawa tidak ada apa-apa terjadi. aku tetap menangis semahu-mahunya. aku cakap kenapa buat macam ni pada emak, apa nak cakap pada emak nanti ...aku dah blank. dirumah tiada saya yang mahu membantu aku menyelesaikan masalah. hanya harap pada abg no.2. harap pada suami semacam kurang sambutan. so saya tak nak menyusahkan dia. biarlah saya menanggung sendiri.
abg no. 1 mula bercerita dari mula hinggalah akhir tapi aku masih membisu dan air mata yang sentiasa mengalir keluar. dalam otak aku berfikir kalau jadi sesuatu pd aku adakah abg-abg aku ambil berat pd diri aku? sedangkan bila aku dpt berita yang mengatakan abg no.1 kena.....aku dah mula murung, termenung dan tidak selera makan/minum. aku mudah menangis dan sensitif. tapi mungkin nasib tidak menyebelahi aku dikala aku begini tiada seorang pun yang menemani atau berkongsi masalah. aku seorang menanggungnya. penya bercelaru otak aku nih...tepat pukul 3.45 ptg kami bergerak untuk pulang ke KL. sewaktu aku bersalam aku mula menangis lagi hingga muka aku dah merah padam. aku tidak malu lagi pd orang sekeliling. aku takut jadi apa-apa pd abg no.1 dan bagaimana aku nak memberitahu emak, bagaimana keadaan emak bila dpt berita tu...aduhai.......YA ALLAH tolonglah...sebelum tu aku hantar kakak ipar ku balik kerumah dan tepat 4.30pm kami kluar dari bandar Muar. Dlm kereta aku hanya mendiamkan diri. sampai Bangi kul 6.00 ptg keadaan cuaca mendung, angin kuat serta kilat petir. aku teta meneruskan perjalanan pulang kerumah untuk berbuka puasa bersama anak-anak aku. tap malang bagi aku di Sg. Besi TP sesak yang amat sgt. Aku tersekat disitu hampir 2 jam lebih. kesian anak-anak aku berbuka dengan lauk telur goreng dan sosej goreng serta bubur lambuk. Aku pula cuma meneguk air soya bean. suami aku pula suruh menjemputnya di pejabat. YA ALLAH dah lah penat sebegini kena pula ke BA untuk menjemput dgn keadaan jalan jam dgn perut kosong, kepala bagai nak pecah...Kuatkan semangat ku YA ALLAH.
Sampai dirumah hampir 9.00 mlm.letihnya badan tak tau nak cakap. sampai jer mandi dan terus masa nasi goreng dan makan. lapar giler...macam manapun ALHAMDULILLAH saya selamat sampai dirumah setelah memandu dari Muar ke KL dgn hujan lebat, jam giler dan alhamdulillah saya hadapi dgn tenang.
No comments:
Post a Comment