26 Disember 2007

salam.rabu.
Hmmm...lama juga saya bercuti bukan apa terus sambung Krismas.hari ini baru masuk kerja.banyak juga outstanding yang perlu diselesaikan.
Well, disini sayan ingin menceritakan satu perkara yang membabitkan diri saya. Mengenai perasaan saya dimana sebelum ini tidak ada seorang pun yang ketahui bagaimana perasaan saya dan bagaimana cara saya menyelesaikannya. Saya boleh katakan tiada seorang pun yang mengambil berat tentang perasaan saya ...tiada, tiada seorang pun. Cuma yang tahu dalam isi hati saya ALLAH. Bagaimana peritnya saya hadapi juga dengan tenang, tapi selalunya saya mengalami tekanan yang sehingga membabitkan seluruh tubuh badan saya. Saya jadi sakit badan, lemah, malas dan lain-lain, juga selalu naik angin. Saya tidak mampu hendak melakukan semuanya.
Saya ingin bertanya kepada para bloggers yang sudi melapangkan masa anda membaca blog saya, apakah perasaan anda jika anda dan anak-anak tidak diendahkan? (maksudnya dikirakan saya dan anak-anak tidak penting selalu dipinggirkan). Hampir 12 tahun saya diperlakukan begitu tetapi saya diamkan sahaja. Tetapi sejak kebelakangan ini hati saya memberontak untuk meluahkan perasaan saya kepada mereka yang sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa hormat pada diri saya. Dan hari yang sepatutnya kita menyambut dengan perassan gembira iaitu pada HARI RAYA KORBAN 21/12/2007, saya telah korbankan perasaan yang telah lama saya pendam dan akhirnya selepas itu saya menjadi tenang dan rasa ada satu ruang kosong dalam dada saya dimana saya berjaya meluahkan perasaan saya dan dengan harapan mereka semua faham dan peka pada apa yang telah mereka lakukan pada saya dan anak-anak selama ini.Insyallah bila senang saya akan ceritakan pengalaman saya itu kepada anda semua.
wassalam.

No comments:

Post a Comment