30 November 2007

Saya dan anak-anak Alisa(depan sekali), Alia(baju hitam), Ika (baju merah) dan Nabil (Baju belang)
Salam.Jumaat.
Hah! hari ini saya cuti. Bukan apa cuma nak bawa anak-anak ke Zoo Negara. Kurang sikit orang. Kalau hari sabtu dan ahad ramai bebbenor orang nak tengok gajah pun susah...heheh. pagi siap masakkan lauk untuk my mom dan ambil pencen my mom. settle semua tepat pukul 10.45 pagi kitaorang bertolak ke Zoo Negara. Perjalanan mengambil masa tak sampai 15 minit. Sampai disana parking betul-betul dibaris hadapan ofis Zoo Negara. Bayaran tiket tidaklah susah kerana kurang pelawat. Bayaran yg dikenakan untuk dewasa RM 15.00 dan kanak-kanak 3 tahun keatas RM 6.00. so total semua RM 39.00.
Saya dan anak-anak berjalan kaki mengelilingi Zoo Negara hinggalah ke Akuarium dan seterusnya ke pintu keluar Zoo Negara. Before balik saya bawa anak-anak naik tren keliling Zoo Negara. Nampak gayanya mereka bergembira. Oh Ya! saya dan anak-anak lunch (fast food) di dalam Zoo Negara. Berbaloi ler saya bawa anak-anak ke Zoo Negara. Banyak juga gambar diambil.
Gambar diambil di pameran Lebah Madu.

No comments: