9 December 2007

Salam. Ahad.
Hari ni pagi lagi saya sudah memasak kerana saya akan menghadiri kenduri kahwin anak buah saya di Setapak. Semua ahli keluarga pergi kecuali my mom. My mom not feeling well. So bagi rehat pada my mom.
Pukul 11.00 pagi kitaorang sudah berangkat dan selamat sampai 11.30pagi.cepatnya. memang ler cepat cause dekat bebenar.Sampai-sampai banyak mata yang memandang kami sekeluarga. Saya buat donno jer. Anak-anak pun ok. Saya gi berjumpa tuan rumah dan terus menjamu selera. Saya melayan anak-anak dan hubby makan. Saya makan sikit jer. Kenyang gitu.
Lama juga kami disana kerana pengantin lambat sampai. Setelah pengantin tiba dalam pukul 2.30ptg barulah kami beransur pulang.Penat gak tunggu pengantin.Boring pun ada. Anak-anak dah mula resah. Zulaika sibuk dengan tugasnya mengambil gambar.
Alisa sibuk dengan peminat-peminat yang meminati dan menggeraminya. Ramai yang menegur, ramai yang nak berjumpa dan lain-lainlah. Bukan apa mereka geram melihat Alisa yang memakai tudung.Alia pula merangkap sebagai pembantu khas mengawal Alisa. Nabil pula menjadi bodyguard Alisa.
Hubby dan saya dok tengok orang. Bukan apa saya memang suka memerhatikan orang kerana pelbagai ragam yang akan saya lihat. Ada yang datang bawa hadiah dan ada yang datang dengan aksesori yang sarat-marat. Baju pulak tak lerh nak cakap ler.Masing-masing dengan cara masing-masing.Bolehlah.
Lepas balik kami sekeluarga pergi ke TIMES SQUARE untuk menyaksikan IMAX 3D tapi cerita yang ditayangkan semuanya dah ditengok so kitaorang pergi pulak ke tayangan wayang pun begitu cerita yang ditayangkan sudah ditonton melalu DVD. So ambil keputusan ke Bangsar Mall untuk Bowling. Anak-anak memang suka tapi saya jer tak suka. Pergi ke sana dan sungguh malang sekali sudah ditutup kerana diubahsuai. So bincang punya bincang Hubby nak bawa ke Genting Highlands tapi saya menolak cause dah pergi dulu lagipun tak syok ler. At last saya bagi suggestion pergi makan di RESTORAN REBUNG. Hubby aggreed so pergi ler. Sampai di depan RR saya terperasan sebuah Merz Biru dengan Plat No. NAC ...... Sah Angkasawan memang ada di RR. Tapi saya cool aja cause nak surprisekan anak-anak...
Di RR kitaorang duduk di dalam and pesan makanan. Makanan sedap dan puas hati. Anak-anak semua berselera and settle. Kebetulan Dr. SMS ada disitu dan anak-anak semua dapat melihat the real ANGKASWAN di depan mata. Tapi Dr.SMS with his big SMILE. So anak-anak rasa teruja bila melihat ANGKASAWAN yang selalu saya heboh-hebohkan dirumah supaya mencontohi Dr. SMS. Nabil so excited sampai menjerit "Eh, Angkasawan tu la mak, Dr.Sheikh tu mak". Saya cuma senyum dan layan makan. Tapi sayang gambar tidak sempat diambil oleh jurugambar Zulaika kerana sibuk menghabiskan makanan.
Settle makan we all balik ke rumah san setibanya dirumah Ibu Mertuaku sudah berada dirumah bersama-sama my mom. Soalan pertama seorang menantu kepada Ibu Mertuanya sambil mencium tangan bersalaman "Emak dah makan malam" lansung terus kedapur menenggek air dan memasak nasi sambil memanaskan lauk-pauk untuk disediakan. Adusssss...kakiku sudah kejang tapi kuteruskan perjuangan ku untuk menyediakan makan malam utk my mom dan mertuaku. Tambahan lauk juga dilakukan kerana lauk kurang pada malam tu. Rasanya bila balik dari jenjalan tu nak meluruskan badan tapi hampehhh...tapi saya puas hati bila saya dapat melayan kedua-dua ibu saya.
Malam tu juga saya memasak lauk untuk esok cause saya dah bekerja. Dalam pukul 1.30 pg baru saya dapat meluruskan badan dan lelap lena diulit mimpi nan indah...heheheh

No comments:

Post a Comment