Sedihnya...

Salam. Saya igin menceritakan satu cerita mengenai perasaan manusia dan juga apa yang patut kita buat. Ini adalah salah satu kes yang pernah saya dengar dari rakan wanita sesama islam yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak. Betapa sedihnya perasaan rakanku bila SUAMI yang disayangi berkata BODOH pada rakanku dan anak-anak. Bukan sekalai dua kata rakankumalah setiap hari perkataan itu dikeluarkan dari mulut SUAMInya. Perkataan BODOH itu berlanjutan dihadapan orang ramai, di hadapan sanak-saudara belah SUAMInya dan dimana-mana. Sebenarnya perkara ini telah berlansung sejak mula perkahwinan dan hinggalah kehari ini. Saya da bertanya mengapa SUAMInya berkata begitu?. Rakanku pun tidak tahu mengapa. Letih juga saya memikirkannya. Benda yang kecil kadangkala dijadikan besar. Inilah manusia yang tidak sedar diri. Sebenarnya rakanku bekerja makan gaji. Dan setiap sen gaji yang diterima oleh rakanku akan diperuntukkan untuk rumah, makan, perbelanjaan dapur, lauk-pauk,keperluan anak-anak, baju sekolah, tiusyen anak-anak dan macam-macamlah. Rakanku memang sentiasa beralah demi kebaikan rumahtangga hingga baju baru pun sudah bertahun tidak dibeli. Pakai sahaja baju lama. Baju dalam dan seluar dalam pun tidak dibeli (minta maaf kerana saya menceritakan hal dalaman).Bukan apa ini adalah kerana saya mahu semua pembaca mengambil iktibar dan bagi suami-suami yang rasa dirinya hebat dan bagus tapi jangan lupa tanggungjawab anda pada isteri dan anak-anak anda. Bagi saya isteri dan anak-anak adalah salah satu hadiah yang tidak ternilai pada suami. Setiap dari mereka telah sedia ada rezeki yang ALLAH SWT berikan cuma kita sahaja tidak mengetahui. Berbalik kepada rakanku ini, saya memang respect habisan kerana setiap kali berjumpa rakanku ridak pernah lekang dengan gelak tawanya, senyum manisnya seperti tidak ada sepicing masalah pada dirinya. Segala dan setiap kerja yang dilakukan tidak pernah terganggu dan emosinya sentiasa terkawal dan tenang. Malah rakanku mampu membuatkan rakan sekerjanya, anak-anak dan juga ibubapa serta jiran tetangga gembira dan senang bersama rakanku. Begitu kuatnya jiwanya. Sering kutanya apa petuanya. Katanya sembahyang dan berdoa dan luahkan segala perasaan anda kepada ALLAH SWT. Juga AYAT KURSI sentiasa dimulutnya dikala melakukan sesuatu tugasan dan juga bila kita rasa seperti tidak senang/resah AYAT KURSI menjadi teman rapatnya. Emmm...nanti saya sambung cerita rakanku ini. Insyallah.

No comments: