telah banyak yang saya lalui pelbagai perkara, helah, ugutan, dll.saya harungi dengan perasaan yang teramat sakit hingga membuahkan rasa dendam.tapi saya masih waras... heheheh terkadang kala airmata tertumpah sendiri tanpa disedari.bergenang sendiri mencari jalan keluar.apa kan daya itu semua takdir bagi saya. saya tetap akan mengharunginya sendiri. nukilan rasa. nurnisa 1.02pm @ 21/02/2008 14 safar 1429
apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
FEBRUARY 2008
Assalamualaikum.
21 february 2008
lama dah saya tidak update blog nih. Malas kian menebal menguasai diri. tidak ada apa-apa yg "IS TEA MAY WERE" utk saya ceritakan. Hanyalah masalah demi masalah bergodam-godam di jemala otak saya. Penyelesaiannya? malas nak pikir. sebabnya saya sendiri akan menyelesaikannya alone...alone...and alone.
bermulanya February tanggungjawab saya berlipatganda kerana anak saya ada kelas malam dan hari sabtu juga ada kelas. Belum campur tiusyen lagi. mmg tidak lekat dirumah la. sekejap sahaja dpt rest then pegi pula mengambil dan menghantar anak. tapi saya lakukan dgn redho serta ikhlas kerana tanggungjawab saya pd anak-anak. saya inginkan mereka berjaya. Insyaallah.
bermulanya tahun 2008 saya semakin terasa perubahan pada diri saya yang semakin meningkat usia. badan terasa sakit-sakit.tak seceria dahulu. mood pun on and off. telah berkali saya mengawal mood tapi kecundang. alhamdulillah ditempat kerja saya dpt mengawal mood saya.syukur kerja-kerja tidak terganggu.
berat sungguh dugaan bagi saya hingga terkadang saya tidak mampu utk menanganinya. ini membuatkan badan saya sakit, lemah, hilang keyakinan dan kecundang tapi bila saya fikir tentang anak-anak saya bangun dan lawan perasaan saya.
Sekarang saya menghidapi sakit lutut.kedua-dua lutut saya sakit. jumpa doktor dah sudah."kena kurangkan berat badan" lagi pun grease lutut semakin berkurangan. hanya ubat penahan sakit diberi. Letih rasanya jika berkeadaan sebegini.segala apa dilakukan tidak kena dan memang sakit. nak berdiri lama sakit, nak jalan sakit dan semualah. itu yang membuatkan saya fed-up. segala aktivti saya terganggu akibat sakit lutut nih. tapi saya menghadapinya seorang diri. there's no members or friends yang bersama saya even my husband yg sentiasa sibuk dgn kerja dia.tapi saya faham situasi mereka semua so saya tawakkal menjalaninya seorang diri tanpa mengganggu sesiapa.
HIDUP INI SATU PENGORBANAN.
HADAPIANY DENGAN TABAH.
WALAUPUN TANPA ADA SOKONGAN.
TETAP KUTEMPUHI BIARPUN PASRAH.
sepat ronggeng
No comments:
Post a Comment