takziah

12/4/2008 (SABTU) 2.00ptg - saya terima pangilan dari Along dr Muar mengatakan bahawa anaknya Iwan (yang bongsu) kemalangan dan kini berada di hospital Muar. Saya amat terkejut dan hanya mampu berdoa agar anak buah saya Iwan selamat dan tiada apa-apa. perbualan dengan Along saya selesai. Saya hanya bersabar menunggu berita dari Along saya.
3.00ptg - saya terima semula panggilan dari Along mengatakan bahawa Iwan kritikal 50/50 dan akan dibawa ke Hospital Johor. "YA ALLAH" betapa teruk rupanya kemalangan yang dihadapi oleh anak buah saya ni. Doktor memberitahu bahawa otak Iwan telah berganjak dari tempat asal so peluangnya ialah 50/50. Along saya hadapi dengan tenang dan sabar. Saya menerima berita itu dan tiba-tiba jadi blank, bagaimana harus saya memberitahu emak saya. Along memerlukan wang dlm jumlah yang banyak untuk persediaan ke Hospital JB. saya berusaha mengadakannya kerana hanya pada saya dan Angah sahajalah tempat meminta pertolongan. ptg itu juga saya memasukkan duit ke akaunnya. dalam perjalanan ke bank saya menelefon Angah dan menangis di dalam kereta bagaimana nak menghadapi situasi begini dihadapan emak nanti. Saya teresak-esak menangis. Angah menasihati supaya kuat semangat dan jgn nangis. Sepanjang malam saya hanya berdoa agar Iwan stabil dan dapat di bawa ke Hospital KL dengan segera. Bolehlah saya pergi melihatnya. lagipun di KL ramai sanak saudara. petang itu saya amat sibuk sekali dengan calls. Emak pun nampak semacam je. Saya masih mampu bertahan. Saya message Hubby saya mengatakan bahawa Iwan kemalangan. buat masa nih hanya 4 org sahaja yg tahu Iwan kemalangan saya,hubby,anak buah sulung dan Angah.malam tiba saya masih bertahan namun dalam bimbang. mata tidak dapat tidur.
13/4/2008 (AHAD)
1.00pagi - Saya tersedar apabila merasa jari kaki saya sakit berdenyut. saya terjaga dan melihat jari kaki saya, sakitnya. saya lihat lapik tidur penuh dengan darah, menitik-nitik.apa sebabnya saya pun tidak tahu tapi denyutan masih terasa. Saya rasa jari kaki saya basah. saya buka lampu dan "YA ALLAH" penuh dengan darah rupanya. Sahlah tikus gigit kaki saya. saya segera kebilik air dan mencucinya dgn sabun. barulah saya letak minyak.denyutan masih terasa.bisa.
1.15pagi - terima panggilan dari Along mengatakan "Dik, berita tak baiklah, Iwan meninggal dunia dik, pukul 1.00 pagi tadi. Jadi Along nak uruskan jenazah. Tolong beritahu saudara mara dan beritahu emak elok-elok perlahan-lahan" itu sahaja dr Along. saya cuma mampu INNAALILLAh....YA ALLAH tak sangka akan jadi begini, satu lagi perkara besar yang harus saya hadapi iaitu berhadapan dgn emak. saya message hubby mengatakan Iwan meninggal dunia. Anak buah sulung pun sudah diberitahu. saya memberitahu Angah pukul 1.30pagi. dan menghubungi semua sanak saudara. jari kaki yang kena gigit tikus masih berdarah namun tidak saya hirau...
1.35pagi - Along menelefon meminta saya menelefon sepupuku dikampung untuk menguruskan kubur. Jenazah akan dibawa pulang ke Muar dahulu untuk dimandikan serta disembahyangkan kemudian akan dibawa kekampung Hulu Langat untuk dikebumikan. "YA ALLAH" begitu lama masanya. Saya hanya mampu bertahan. Nak menangis didepan emak nanti...camner pulak. Saya hanya diam dan pada pagi itu memang tidak dpt melelapkan mata. Angah menelefon bertanya samada saya sudah beritahu emak atau belum. saya cakap esok pagi baru beritahu apa yang terjadi. dan saya minta Angah datang awal pagi untuk bersemuka dengan emak.
14/4/2008 ISNIN
5.00pagi - seawal pagi saya bangun dan masak lauk untuk hari ini.Siap semua. hanya menunggu Angah dtg.tepat pukul 6.00pagi bangunkan anak-anak untuk kesekolah. saya menelefon Along dan jenazah sudah sampai di Muar. Masa inilah saya cakap pada Along dan air mata saya tak dpt ditahan lagi. Hanya beberapa perkataan sahaja yang mampu saya katakan pd Along "Kuat, kau kena kuat"itu sahaja yg mampu saya kata. saya segera masuk kerumah dan mandi serta sembahyang. jari kaki masih berdarah.
7.20pagi - saya hantar anak-anak kesekolah tapi buat syarat shj kerana saya akan balik kekampung. saya call Angah dan mereka dah sampai barulah saya balik kerumah bersama anak-anak. sampai dirumah emak membebel dengan cucunya kenapa tidak kesekolah.jawapan yang poyo dari saya "gate sekolah dah tutup tak leh masuk" emak hanya diam. lepas tu dia tanya Angah "awalnya sampai kenapa" tak sempat Angah jawab saya jawab "Mak, anak datang nak jenguk emak bila-bila masa pun rak boleh ke"emak hanya senyum. sambil saya keluar masuk. Angah tak juga bercerita. saya keluar rumah untuk menelefon pejabat mengatakan tidak hadir ke pejabat. setelah saya settle call semula barulah saya masuk kerumah.
10.00pagi - setelah selesai menelefon ofis, masa itulah Angah beritahu emak cerita sebenar. emak hanya diam dan tidak menangis.emak kuat. Tapi dia berkata kenapa tidak beritahu dia, macam mengenepikan dia. barulah saya berterus terang pd emak dan masa itu juga air mata tak dapat ditahan-tahan. Semua ada masa itu dan semuanya diam mendengar penjelasan saya dan Angah. "saya minta maaf sebab tidak beritahu mak tentang berita ni, memang saya tipu emak pasal duit tu, sebenarnya duit tu saya bagi Along utk buat belanja bawa balik jenazah. saya minta maaf banyak-banyak. saya tidak ketepikan mak, saya nak mak sihat tidak runsing. emak hanya diam. yg lain diam.anak-anak saya diam memerhatikan saya yang menangis teresak-esak begitu juga Angah. kemudian Angah cerita lagi apa yang telah berlaku pada Along dan sekarang barulah emak tahu cerita semuanya dan emak akur dan tabah.setitik air mata emak tidak keluar tapi dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu. jiran-jiran telah pun diberitahu dan mereka mula datang menziarah kerumah. emak masih tabah dan kuat tapi emak bercerita tentang zaman silamnya. saya tahu emak nak cover kesedihannya dengan bercerita. alhamdulillah jiran-jiran faham keadaan emak dan terus melayan cerita emak. kami akur...
11.30 pagi - Kami sekeluarga bertolak kekampung dan sampai kekampung tepat pukul 12.00 tgh. Jenazah baru sampai. Alhamdulillah perjalanan semua lancar tiada masalah dan cuaca baik.syukur alhamdulillah. setibanya dirumah jenazah telah dikeluarkan untuk dilihat keluarga dan saudara mara. aku bersegera membawa emak naik dan duduk di tepi jenazah. masa inilah emak menitiskan air matanya apabila mencium cucunya Iwan buat kali terakhir."YA ALLAH cucu aku, alahai Iwan" dan masa itu juga saya tidak dapat menahan air mata apabila melihat jenazah dan juga apabila emak mencium dahi Iwan. saya teresak-esak tidak dpt menahan sebak. saya bergegas keluar bila mendengar tangisan anak bongsu saya Nur Alisa didalam kereta. saya mengmbilnya dan membawa keatas utk melihat jenazah Iwan.alhamdulillah kesemua anak-anak saya dapat menatap kali terakhir wajah Iwan. Kemudian selesai semua jenazah Iwan dibawa ke tanah perkuburan Hulu Langat untuk dikebumikan.Selepas sembahyang Zohor selesai semuanya. kami semua masih dirumah hingga ke petang.
7.30ptg - selepas Maghrib baru kami pulang kerumah.sampai di rumah dlm 8.30 mlm. selesai semua menyuruh anak-anak mandi dan makan dan tidur. mlm itu saya tidak dpt tidur. badan dah rasa semacam cause tidak tidur dan kepenatan.badan panas nak demam.tidak tahu bila saya terlelap.
14/04/2008
pagi nih badan sakit-sakit dan demam.tapi masih mampu hantar anak-anak ke sekolah.balik rumah saya telefon ofis mengatakan saya tidak hadir ke ofis kerana demam. saya makan panadol dan tidur semula. Arwah Iwan, MOHD HELMI AKMAL BIN AINUDDIN TELAH KERAHMATULLAH PADA 13/4/2008 PADA PUKUL 1.00 PAGI AKIBAT KEMALANGAN. UMUR 15THN

No comments:

Post a Comment