Tiba-tiba teringat...

Salam. Dalam sibuk mengendalikan kotak untuk perpindahan ke PERSADA PLUS, tiba-tiba saya teringat pasal aktiviti saya masa zaman sekolah yang dikira macam hampeh lah. sini saya senaraikan aktiviti saya dikala tiada kawan semasa balik kekampung(mana yg ingat ler):-
  • suka main anak kucing. satu pagi tu lepas sarapan saya nampak sebotol minyak cap kapak so apalagi saya ambil sedikit dan calit kat idung kucing tu...isk bukan apa nak tengok apa jadi pada kucing itu...dan impaknya pada kucing ialah hidungnya berair dan selsema dan matanya sentiasa berair.(macam kita jugak)

  • tentang anak kucing lagi.part ni bila duduk sensorang tak der geng so ambil pengepit baju dan kepit pada ekor kucing lagi panjang ekor kucing tu lagi bagus. impaknya ialah anak kucing itu akan sedaya upaya mengambil penyepit baju itu.maknanya anak kucing itu akan berpusing dan bila berhenti anak kucing jadi tak stabil.bila anak kucing jalan ia akan jalan senget.

  • lagi satu ni pasal sepupu saya yang suka mengunyah gigi semasa tidur. yg ni mmg berisiko tinggi ler. ambil sebuku garam kasar yang kira besar gak ler, lepas tu ikat ngan benang dan buat seperti pancing. lepas tu saya pun pancing ler mulut sepupu saya yang tgh tidur tu. caya tak caya bila garam tu mencecah kedalam mulut automatik bila kita angkat garam tu mulut dia akan terikut-ikut mencari garam itu. best tau kalau tak caya buat ler...tapi risiko mmg tinggi. risikonya ialah dapat makan penampor tak pun kena marah...hehehe

  • lagi satu aktiviti saya ialah dikala hari hujan semua org tidur. time-time macam ni mmg best kalu nak rakam org tidur berdengkur. dulu-dulu punya radio boleh rakam terus kan.so apalagi rakam ler mak saya yang tidur berdengkur. lepas tu duk diam. bila semua org dah bangun masa tu lah buka balik apa yang dirakamkan. Punyalah mak saya marah...heheh tapi apa nak buat dah terakam...ahaks...

  • curi rokok daun dari pak tua saya. ini kes mmg kena ada sorang dalang curi rokok daun lepas tu menyorok balik pokok rumbia yang dah tebang dan apalagi berasap ler sambil terbatuk-batuk. nasib baik pak tua saya tak tinggalkan tembakau sekali, kalau tidak mau mabuk ler...hehehe

sebenornya banyak lagi citer zaman kanak-kanak saya.memang enjoy la kalau nak compare dengan kehidupan anak-anak saya sekarang. dulu saya tak pernah gi tusyen masa sekolah rendah. baca buku pun bila ayah dah marah. Tapi saya memang salute ayah saya yang tidak pernah marah kitaorang adik beradik. bila ayah marah sesangat ayah akan keluar berjalan-jalan untuk release kemarahannya. Syukur alhamdulillah anak-anak ayah menjadi sempurna semuanya dan tidak terbabit dengan gejala tidak sihat. walupun kitaorang adik-beradik tidak sehebat anak-anak orang lain yang belajat di U dan Luar Negara yang mana bila balik rupanya Drug Addict.Belajar entah kemana balik bawa penyakit la plak..nyusahkan mak bapakkan...

Nantilah bila teringat saya akan citer lagi zaman kanak-kanak saya dan segala jenis permainan saya bersama kenkawan.

No comments: