29/09/2008-isnin

salam. masa ni saya dah duduk depan pc. boring. kawan-kawan ada yang dah cuti.lengang ofis. dimasa begini terasa boring. entahlah apa nak jadi dengan saya nih. semenjak dua menjak ni perasaan tak menentu, cepat sangat tersentuh dan menangis. tak tertahan air mata.

Jumaat malam lepas, saya pergi kerumah seorang kenalan untuk memberi sedikit kuih raya untuk ibunya yang strok. ibunya saya lihat sihat alhamdullillah. tak kala saya bersalaman dengan kenalan saya itu airmata dengan mudah keluar. sebenarnya memang dah sebak masa mencium tangan ibu kenalan itu. seperti ku rasakan mencium tangan nek along. terkadang aku teringat-ingat akan nek along tetapi ALLAH lebih menyayanginya. Air mata berlumba-lumba keluar tetapi dapat saya kawal akhirnya dan meneruskan perbualan. hanya seketika sahaja saya berada di rumah kenalan kerana ada lagi kerja yang hendak diuruskan. saya balik dengan hati sebak dan puas kerana dapat memberi sedikit buah tangan.
minggu ke-3 dan ke-4 setiap Sabtu dan Ahad saya akan menghantar sedikit juadah kerumah emak dan ayah saya di Setapak. Bukan apa, teringat akan mereka dan keperitan hidup mereka. Saya sebagai seorang anak membantu dengan apa yang termampu. Ibu berkata kepada saya "Mak ngan ayah bagi Ita pada orang bukan makna mak ngan ayah benci, Ita jangan kecik hati ye"itulah luahan Emak ketika saya datang kerumah mereka di Setapak. Saya menjawab "Tak de kecil hatilah mak, umur Ita semakin meningkat Ita boleh fikir mana yang baik dan buruk, Ita tak kisah semua tu, ALLAH dah rancang semua itu, semua kejadian terjadi dari ALLAH dah tertulis mak" itu sahajalah yang mampu kukatakan pada mereka semua. Tapi airmata saya tidak keluar pun.hairan pulak.
YA ALLAH kuatkan imanku YA ALLAH.Amin.

No comments:

Post a Comment