8 -14 Sept. 2008

Salam.
8/9/08 - isnin hari ni keje macam biasa. balik kul 4.30ptg.

9/9/08 - selasa ari ni cuti. UPSR. kakak periksa ari nih. so bagi ler sokongan moral to my gurl. before nak pegi sekolah tu lepas sembahyang bersalaman dgn nenek dan ayahnya. adui,,, nangis la pulak. my hubby pun rasa sebak. saya apalagi mmg tak mampu nak thn airmata nih. before that saya dah bersalam awal-awal dan cium dahi kakak. nangis mmg nangis ler. Sebak akak...lepas tu ke sekolah dan tunggu sampai masuk dewan peperiksaan. hampir 8 pagi, saya pun balik dan terus ambil air sembahyang dan mulakan bacaan Yassin. Alia dan Alisa pun join together. dapatlah 4 kali Yassin. Alia dapat habiskan sekali Yassin. Semoga kakak tenang menghadapi peperiksaan tidak panik. pukul 12.30pm saya jemput kakak dari sekolah.

10/9/08-rabu cuti lagi. ari nih ada 1 paper jer.math 2. hantar kakak macam biasa lepas masuk dewan baru saya balik dan terus baca yassin. alhamdulillah dapat 4 kali yassin. dalam pukul 10 pagi saya jemput kakak.

11/9/08-khamis masih cuti. ari nih last day. ada 2 paper. macam biasa saya hantar sampai ke kawasan sekolah tapi saya tidak tunggu sampai masuk kelas cause ari hujan lebat juga. balik rumah terus bacakan yassin.sama juga dapat 4 kali bacaan. setiap kali berdoa, minta kakak tenang hari dan tidak gelojoh jawab soalan.hampir pukul 1 pm saya jemput kakak.

12/9/08-jumaat kerja cam biasa tapi 1/2 day cause nabil sakit telingan dan lelah. bergegas balik dan terus bawa nabil ke klinik dan doktor suruh ambil gas. nabil tak posa ari ni. saya plak bergegas ke pejabat pos nak renew license. alhamdulillah semuanya settle san saya buat utk 5 thn.he he he

11/9/08-sabtu cuti. pagi gi antar anak tusyen adn then baru gi pasar tani beli sedikit ikan dan sayuran. balik jer terus basuh ikan dan masukkan ke dalam peti ais. selesai semua jemput anak tusyen kul 11 pg. lepas tu. semua anak-anak ikut dan tetiba shj saya memandu ke Setapak utk menjenguk mak dan ayah serta adik beradik. anak-anak semua ikut serta. alhamdulillah sampai dlm pukul 12.00 pm. mereka semua ada dirumah. borak punya borak hampir 2 ptg. minta izin pulang. saya hulur sedikit pada emak utk belanja. kitaorang pun balik dan saya terus mulakan masak utk berbuka.hari ni saya masak gulai cili api kepala ikan senangin dgn bunga kantan dan tomato, sedikit sambal belacan, pergedil ikan. itu sahaja.utk lauk anak-anak saya belikan ayam masak merah. saya bawakan sedikit gulai ikan dan sambal belacan pada emak saya disetapak dan beli pecal utk mereka. terus saya hantar ke Setapak. Setelah hantar saya bergegas pulang untuk tidur hehee.

14/9/08-ahad. ari nih hantar nabil tusyen kul 9pagi - 11pagi. lepas tu alia sambung tusyen 11pagi-1pm. lepas tu kitaorang g kedai 2 ringgit dan beli air ice-cream soda. lepas tu balik dan saya pun mulakanmasak utk berbuka. lauk hari ni sup ketam, masak lemak cili api pucuk paku dan ikan masin, pergedil & cucur sayuran. selesai masak semua saya hantar sedikit ke Setapak. Lepas hantar lebih kurang 5.30ptg saya balik kerumah dan berehat. selamat berbuka puasa.

No comments: