Pelik...manusia hari ini

Salam.
Pelik dengan dunia dan manusia sekarang. Ditanya salah tak tanya lagi salah. Ditanya sehingga menyebabkan kecil hati. Adakah cara bertanya salah atau sebaliknya?
Bagi saya, kalau bertanya atas urusan kerja tidak menjadi kesalahan. Jika seseorang penjaga pejabat, bertanya kemana salah seorang pekerja adakah salah? hingga menerbitkan rasa kecl hati! Apa masalahnya.
Dengan itu saya mengambil keputusan akan mendiamkan diri melainkan beritahu saya kemana pergi samada nak balik ke pejabat semula atau tak balik lansung, itu tanggung sendiri. saya sudah diamanahkan untuk bertanya dengan cara yang elok bukan dengan cara maki hamun kerana saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya perlu tahu kemana semua staff pergi kerana Boss bila-bila masa akan bertanya. Tidakkah terfikir diotak jemala mereka apa tujuan saya bertanya? Anda semua terpelajar so boleh firkir mana buruk dan mana baik. Jangan ikut sedap hati dan mulut. Orang rendahan macam saya (contohnya) ada juga maruah dan ada juga perasaan.
So lu pikir la sendiri...bak kata Nabil Raja Lawak...jangan saya dengar lagi ada dua tiga mulut yang rasa diri macam bagus kata "setiausaha tak guna" "tak reti buat keje" dll ler yang keluar dari mulut yang bebaguz tu...
nota: kalau nak mengata, mengutuk, menkondem dll lagi tolong sesangat "cermin diri sendiri" atau "ukur baju dibadan sendiri".
"mengata dulang paku serpih, mengata orang AWAK yang lebih"hehehh...

Kenapa yek?

Salam. Sebenarnya hari ini saya malas nak berblog tapi bila pagi tadi satu soalan yang ditanya pada saya membuatkan saya mula berblog. pertanyaan kawan saya yang saya anggap seperti kakak saya saya jadikan peringatan pada diri saya. Pertanyaannya tidaklah sehebat mana tapi saya terpaksa hidekan sedikit. "Kenapa sejak ..... ni seperti tiada perubahan? Saya cuma mampu senyum sahaja. Sebenarnya saya pun ada gak perasan mmg konpem tetap sama tiada perubahan, secara luaran ler. Dalaman tu saya tak campur yek. Saya duduk didepan diri dan fikir sejenak, jika saya ditempat org yang seperti itu bagaimana pandangan kawan2, keluarga dan kenalan? tentu mereka berasa kecewa dan meluat, tidak senang dengan keadaan sebegitu. Tahun ni saya nak mencuba mengawal diri saya dan belajar untuk tidak cepat melatah. Saya cuba belajar menjadi matang. dan juga dengan adanya kes-kes sebegini didepan mata, saya menginsafi diri saya yang kerdil ni untuk tidak mengikuti jejak-jejak mereka hilang itu. "YA ALLAH kuatkan imanku, tabahkan hatiku untuk menerima segala dugaan darimu YA ALLAH. Murahkan rezekiku YA ALLAH dan tunjukkan kepadaku dan keluargaku jalan yang lurus yang diredhoi olehmu YA ALLAH. Aku memohon kepadamu YA ALLAH semoga jauhkan diriku dan keluargaku dari perkara-perkara yang tidak ingini dan juga jauhkan kami sekeluarga dari syaitan dan kuasa-kuasa jahat YA ALLAH". Amin, Amin, Amin Ya Robbul 'Alamin.

Nur Alisa binti Zakaria - I am going to school.

SELAMAT PAGI TEACHER MATUN. GOOD MORNING TEACHER MATUN.GOOD BYE TEACHER MATUN. My name is Nur Alisa binti Zakaria. I'm 5 years old. My mother's name is Zamita. My father's name is Zakaria. SAYA SAYANG MAK SAYA.

Especially for Nurzulika Binti Zakaria, 13 years old.

Salam.
Nurzulaika Binti Zakaria
24/1/
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Emak berdoa sentiasa agar kakak sentiasa didalam keadaan yang sihat sejahtera dan dilindungi dari segala yang tidak diingini dan juga terhindar dari apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T. Semoga menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu dan bapa serta keluarga. Semoga kakak berjaya didalam pelajaran dengan cemerlang dan berjaya didunia dan akhirat. emak akan sentiasa mendoakan agar kakak berjaya didalam segala apa yang kakak ceburi baik dalam pelajaran, pekerjaan. Semoga kakak tabah dan yakin untuk menempuhi segala cabaran.

Aktiviti hujung minggu

Salam. Sabtu dan Ahad adalah hari yg menyibukkan bagi diri saya. pelbagai aktiviti. Salah satunya saya dan family buat makan-makan & barbeque. Segala barangan telah disediakan. mutton, beef, chicken, sausage, sweet corn, marinated prawn and squid and others. Sebenarnya bukan apa saje-saje je...sambil menyambut birthday boy and girl, my dear son and daughters, Nabil Fitri (10) and Nurzulaika (13). terasa diri saya begitu dimamah usia. Anak-anak meningkat dewasa dan saya pula meningkat tua....heheheh. Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana diberikan zuriat-zuriat yang sihat. Inilah harta-harta saya yang paling saya sayangi dan saya ingin membentuk mereka sedaya yang saya mampu menjadi anak-anak yang soleh & juga berjaya didalam segala bidang yang diceburi dengan cemerlang samada didunia dan diakhirat. Terkadang saya merasa mampukah saya kerana diri saya tidak seperti kawan-kawan yang lain yg mempunyai pelajaran yang tinggi dan mempunyai ekonomi yang lumayan. Saya hanya seorang yang tiada apa dalam diri. nasib tidak menyebelahi diri saya lantas saya lakukan apa yang termampu. Berbalik kepada barbeku dibuat pada ptg Ahad. bermula dari proses menyediakan api hinggalah ke larut malam gitu...betapa gembiranya saya kerana abg, kakak ipar dan anak2 buah semua ada. cuma abg no.2 shj yg tidak dpt hadir. tujuan saya buat begitu adalah untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Anak-anak saya bukan main enjoy dengan makan, minum, makan, minum balik. Saya juga membeli sebiji Orange Cheezy Choc Biscuit Cake khas untuk kedua-dua anak saya. Sebenarnya lupa nak ambil gambar masa memanggang makanan tu tapi sempat juga saya ambil gambar semasa memotong kek. Saya tidaklah makan pun cuma saya suka melihat suasana yang meriah dgn anak-anak membakar daging dan makan bersama-sama berebut-rebut. Suasana meriah sekali macam buat besday party. Aktiviti dilakukan hingga lewat malam. tapi dah malam kureng ler sikit cumabakar jagung sahaja. sambil tu berborak dan mengusik dengan gelak ketawa aduh syiok gilerzzzz. kalau ramai lagi best. Saya bangga dengan keluarga saya walaupun bukan berpangkat tinggi namun keakraban tu yang saya mahukan. Syukur alhamdulillah.

apa nak citer yek...no idea

gambar kat ofis lama, Faber Towers.
tak der citer ler...buntu,
(buntu shj, jgn plak tambah huruf 't', buruk bunyinyer)
hehehehehehhe...ahakss...

ASTHMA menyerang...

Salam. 12/1/2009-hari ini saya tidak ke pejabat. Asthma saya menyerang lagi. malam tadi pun susah nak tidur. Tunggu hingga pagi baru nak ambil gas. bukan apa tgh-tgh malam malas nak kluar. sejuk pulak tu. Doktor bagi saya ventolin, ubat selsema dan kahak serta ubat batuk. Doktor bari rest 1 day cause Doktor cakap muka pun nampak pucat dan sembab. So balik umah dan telan pil. Sepupu saya kebetulan cuti dtg kerumah tapi disebabkan pil selsema tu menguasai mata saya , saya tertidur semasa sepupu saya seronok berbual. heheheh so sorry ler yek nak buat camner...

HIGHWAY pun sesak madat

Gamba nih den ambik maso lam perjalanan den ke ofis di Subang. Sobolum sampai susur masuk ko Toll Plaza Subang dari Damansara dah slow moving dan sosak madat ngan keto dan lori yang bagak-bagak. Mak ai...takuit den. Lori minyak, kontena, lori hantu, lori angkuit semuanyo godabak. Camnor nak di buek an?

Lotih den pagi-pagi sotiap hari dari Senin hinggo Jumaat asyik la ngadap sosak madat nih. Ni yang buat den hilang mood nak kojo. mano lai yang bawak keto asik la yang nalipon la, bawak lombap la, yang laju tolampau laju sampai den pun takuit. Ayoo jang oi, mano laie jalan den nak ikuit.lomah den dibuek nyo. Lotih den dok lam keto bejam-jam, mato pun ngantuk dibuek ee. Ontah la Kolumpo nih semuonyo sibuk...suko ati ekau la

timo kasih daun koladi di dalam baldi

ada maso den tulih laie pasal highway nih.

salam.

RUMAH PANGSA DI JALAN PEKELILING

Menanti apa kesudahannya?

masih kukuh dan utuh!

penuh sejarah perlu dikekalkan!!

Rumah Pangsa Jalan Pekeliling yang telah dikosongkan. Pokok-pokok tumpang tumbuh melata mencacatkan pandangan mata. Apakah nasib si rumah pangsa ini? Wajarkah rumah pangsa ini dirobohkan seperti nasib rumah pangsa yang telah dirobohkan. Bukankah patut jgn membuat pembaziran yang ketara sangat di mata masyarakat. Bukankah boleh diduduki lagi cuma perlu dibaik pulih. apakata kerajaan membuka tender KHAS untuk Kontraktor Bumiputra sahaja mengubahsuai serta membaik pulih semula rumah pangsa ini. Dari 2 pintu dijadikan satu pintu. besar ler sikit, luas. upgrade. Cat dengan warna-warna ceria. mengapa luar negeri boleh, Malaysia tak boleh? Diluar negeri mereka cat dan design bangunan mereka dengan gambar-gambar menarik. apa kata rumah pangsa ini di design dengan bentuk wau bulan dan warnakan dengan warna yang sesuai atau pemandangan sawah padi ke, dimensi dlm laut ke. Jika di lihat dari jauh memang kellas dan cantik. Rakyat Malaysia bukan ke Kreatif. masuk akal tak tidak? tepuk dada tanya selera...bagi saya Rumah Pangsa ini perlu dikekalkan kerana banyak lagi penduduk yang bukannya KAYA KAYA belaka. RENUNGKAN, FIKIRKAN...BUKA MATA & TELINGA...

SMKTK SMART 2009

SALAM.
Inilah banner yang dibuat oleh senior-senior di sekolah kakak. Begitu berkobar-kobarnya menyambut junior-junior baru...freshie ler katakan. so senior tunjuk skill ler.
SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1.

nota kaki:

Terharu saya bila mengenang zaman persekolahan saya di SMKTK. Saya adalah salah seorang bekas student disini. Banyak perubahan telah dilakukan keatas SMKTK. Banyak memori saya bersama kawan-kawan disini. Zaman persekolahan adalah zaman yang tidak dapat dilupakan memang best, ada sedih dan ada kelakar. Cikgu-cikgu pun best gak. Tapi ada seorang cikgu wanita yg tidak dpt saya lupakan. tak yah ler nak citer.

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA GURU BATCH 1996 DAN JUGA KAWAN-KAWAN BATCH 1996.

Nurzulaika's first day school - Form 1 Arif

SALAM.
Hari pertama gi sekolah menengah. Tunggu kawan tak muncul-muncul.Apa perasaan anda menjejakkan kaki ke tingkatan 1.
Camner ler cikgu-cikgu sekolah menengah nih?Ada ke garang macam mak yek?Abih ler!kerja sekolah, latihan, tiusyen, sekolah tambahan, buku latihan, buku kerja, buku tulis....adusssss...
heheheh....GOOD LUCK.

Alisa's fisrt day school

Salam.semua selamat tahun baru dan juga selamat bukak sekolah...hehhehe
"tak nak cekolah"
6/1/2009 - hari pertama Alisa menjejakkan kakinya ke tadika. Wow! early morning dah berkobar-kobar nak ke sekolah. so bersiap semua dan gi sekolah. disekolah memang Alisa ceria and then bila saya bergerak hendak balik Alisa mula mencari saya tetapi dihalang oleh teachernya dari keluar gate tadika. So saya pun apalagi chow cepat-cepat meninggalkan Alisa menangis bagai nak RAK...sebak juga sebenarnya nak meninggalkan Alisa sensorang tapi saya kuatkan pendirian saya...nak buat yang terbaik for Alisa.

"Aca tak nak cekolah, mak"

Masa balik hampir tiba, aorund 11.15 am saya dan kakak pergi mengintai Alisa di tadika. Memang dia nampak masam sahaja dan serius. tepat 11.30am semua diatur untuk menaiki van atau pun tinggal dinursery yang disediakan. termasuklah Alisa yang menaiki kereta teachernya. Bila keluar dari gate tadika mukanya masam dan sempat lagi menjeling saya dan kakak, kitaorang bagai nak rak ketawa tengok muka Alisa masam macam cuka...dalam kereta Alisa sempat menjeling saya dan kakak dalam kereta. Saya tidak menjemputnya kerana saya nak bagi Alisa familiar dengan kereta teachernya dan kenkawan yang menaiki kereta untuk dihantar balik. bila kereta teachernya bergerak saya pun follow dari belakang. Sampailah kerumah dalam pukul 12.00pm. Sampai dirumah saya lihat Alisa rasa lega sangat dan bercerita seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Kitaorang pun layan jer ler.

"aaa , aaa, aca tak nak cekolah, mak"

citer abih.