Salam.
Sebenarnya hari ini saya malas nak berblog tapi bila pagi tadi satu soalan yang ditanya pada saya membuatkan saya mula berblog. pertanyaan kawan saya yang saya anggap seperti kakak saya saya jadikan peringatan pada diri saya. Pertanyaannya tidaklah sehebat mana tapi saya terpaksa hidekan sedikit.
"Kenapa sejak ..... ni seperti tiada perubahan?
Saya cuma mampu senyum sahaja. Sebenarnya saya pun ada gak perasan mmg konpem tetap sama tiada perubahan, secara luaran ler. Dalaman tu saya tak campur yek.
Saya duduk didepan diri dan fikir sejenak, jika saya ditempat org yang seperti itu bagaimana pandangan kawan2, keluarga dan kenalan? tentu mereka berasa kecewa dan meluat, tidak senang dengan keadaan sebegitu.
Tahun ni saya nak mencuba mengawal diri saya dan belajar untuk tidak cepat melatah. Saya cuba belajar menjadi matang.
dan juga dengan adanya kes-kes sebegini didepan mata, saya menginsafi diri saya yang kerdil ni untuk tidak mengikuti jejak-jejak mereka hilang itu.
"YA ALLAH kuatkan imanku, tabahkan hatiku untuk menerima segala dugaan darimu YA ALLAH. Murahkan rezekiku YA ALLAH dan tunjukkan kepadaku dan keluargaku jalan yang lurus yang diredhoi olehmu YA ALLAH. Aku memohon kepadamu YA ALLAH semoga jauhkan diriku dan keluargaku dari perkara-perkara yang tidak ingini dan juga jauhkan kami sekeluarga dari syaitan dan kuasa-kuasa jahat YA ALLAH".
Amin, Amin, Amin Ya Robbul 'Alamin.
No comments:
Post a Comment