Bersantai di tepi jalan raya

Salam. Hari Sabtu petang, Tayar kereta kitaorang pancit di Setiawangsa. Duduk ler kitaorang melengong ditepijalan yang indah itu. Rasa macam bersantai ler pulak. Best gak sekali-sekali duduk lepak ditepijalan raya sambil menikmati keindahan jalanraya. hehehe...fun in sun gitu

Lihat sahaja dekorasi lampu tanglung yang begitu bersinar. kereta kurang so tidaklah begitu banyak gas-gas kotor dilepaskan. Memang cuaca bagus.saya pun enjoy ambil gambar.

Gambar diambil di Setiawangsa. Waktu diambil kira-kira hampir jam 7.00 ptg. Cantik juga lampu tanglung nih. letak dirumah pun cantik. menikmati keindahan di tepi jalan.

Sebenarnya kitaorang baru balik dari YAOHAN THE MALL. Saja jenjalan. on the way balik kitaorang ikut Setiawangsa. Suddenly tayar kereta pancik nasib baik tiada apa-apa berlaku. Alhamdulillah kereta boleh dikawal. Tidaklah seperti dalam filem-filem selalu kalau tayar pancit je for sure kereta tidak boleh dikawal. Syukur Alhamdulillah.

Nasib baik ada PRO. Dengan segera menukar tayar kereta yang pancit itu sambil diperhati oleh Nabil. Suasana dijalanan agak ceria dihiasi dengan lampu tanglung.rasa macam raya ler pulak.

Ni Alisa yang begitu ghairah dapat duduk di tepi jalan sambil menikmati udara berhabuk tu. Tengok muka dia begitu ceria sambil menyanyi lagu Happy Besday. Sekejap berlari kesana-sini ditepi jalan raya tu. Penat gak saya mengikutnya agar jgn kejalanraya. Aktif betul dia dapat duduk ditepi jalan raya. Gambar dibelakang Alisa PRO sedang menukar tayar kereta.
Lastly kitaorang terpaksa balik naik teksi cause alat pasang tayar tu dah bengkok so balik umah ambil kereta saya pulak dan pergi semula keSetiawangsa dan guna alat yang baru so settle tak sampai 1/2 hours. So kitaorang balik 2 keretalah. sampai umah kitaorang lepak sekejap menunggu adik ipar datang kerumah. 15 min kemudian my adik ipar sampai dan borak sekejap so dia pun balik. dalam kira-kira hampir 9.45mlm my hubby ajak gi pasar malam. mula-mula malas cause dah pukul 9.45mlm tak der apa dah yg dijual orang pun nak balik. so at last gi juga. ada ler beli sedikit buahan dan biskut. my peberet biskut. nanti saya ambil gambar biskut ni & saya akan story sikit pasal kelebihan biskut ini.
Salam.

No comments:

Post a Comment